Monday 20 August 2012

Selamat Hari Raya Aidlfitri

Assalammulaikum...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin kepada pengunjung blog ini dan pelanggan yang dihormati.

InsyaAllah, kepercayaan yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin.
Saya doakan moga pelaburan yang halal ini dapat digunakan sebaik2nya di masa hadapan nanti.

Saya amat bersyukur kepadaNya diatas peluang membantu kawan2 dalam urusan kewangan untuk masa hadapan. Terima Kasih

Allah Maha Besar ..Allah Maha Besar..Allah Maha Besar

Dari Perunding Amanah Saham
Haizal

Friday 27 July 2012

Untung ke Melabur di Unit-Trust Lagi?

Assalammualaikum...

Pertanyaan ini saya kemukakan sekali lagi beserta bukti gambar di bawah..Alhamdulillah klien kat bawah ini dah start untung sehingga 8.3% tak sampai 8 bulan. Itu pun dia melabur menggunakan Tunai setiap bulan. Kalau melabur menggunakan KWSP, tentu dah menghampiri 11%

Walaubagaimanapun, melabur kat Unit-trust atau saham amanah ini ada naik turunnya. Yang penting kena ada objektif penyimpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Itu menjadi tugas saya untuk membantu anda untuk mulakan pelaburan.

Bukti dah ada? nak bukti lagi hebat ke? Mengikut rekod keuntungan purata melebihi 15% untuk sesuatu dana dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Menarik bukan? Jauh melebihi simpanan di KWSP mahupun di ASB.
Kalaulah ramai yang tahu, ramai orang melayu pakat2 pindah ASB ke KWSP.

Yang penting HALAL.. Jom melabur! Menggunakan Wang Tunai mahupun Simpanan Akaun 1 KWSP anda. Mulakan sekarang

Yang suka membantu pelabur
Haizal
0137089306

Tuesday 24 July 2012

Temuduga dan Wang RM500

Kali ini saya ingin bercerita mengenai temuduga yang saya hadiri. Kira-kira 2 minggu yang lalu, saya ada menghadiri temuduga di syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia... Kenapa saya pergi sana? Sebenarnya, saya mencari tempat untuk melakukan latihan industri selama setahun..

Apa yang ditawarkan?
Setelah di soal siasat..Saya diberitahu tugas2 seoarang 'trainee' antaranya... kerja 'on-call', travel satu Malaysia... tiada tempat tinggal disediakan.. dan paling hampeh..hanya ditawarkan saguhati RM500..

Huh..hanya RM500 nak hidup kat KL dengan family? dalam hati..ingat nak perah aku habis2.. dan bayar gaji rm500 je? sabar je la.. kalau di offer macam tu baik tak payah.. baik aku cari tempat lain.

Wang lama RM500 yang di offer?:)


 Kebetulan, lepas keluar dari temuduga di KL tu. Dapat panggilan dari klien amanah saham ku di Klang. Alhamdulillah, ada yang nak buat pelaburan tambahan dan ada juga yang memperkenalkan dengan klien baru. Hehe..pada hari yang sama, dapat komisen hampir RM500 dalam satu hari. Rezeki2.. kalau hari2 macamni kan best..

Anyway, bukan komisen yang aku kejarkan.Tapi perkongsian ilmu untuk pelaburan. Saya bantu anda pun dah dapat pahala. Alhamdulillah, ada pelabur yang dah capai keuntungan lebih 10% tak sampai 9bulan..
Jangan ditunggu2.. Simpan dan melaburlah..

Tips tambahan: Kalau ada rezeki lebih, bulan2 Ramadhan ni dinasihatkan banyak2 bersedekah dan memberi makan kat anak yatim.Moga amalan kita diberkati. Kalau ada duit2 lebih nak simpan juga kat Unit-Trust digalakkan juga:). Kalau guna KWSP lagi senang masuk unit-trust...

Yang berkhidmat
Haizal
013-7089306



Saturday 21 July 2012

Selamat MenyambutRamadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Pelanggan dan Pembaca sekalian..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak..
Mohon Ampun dan Maaf Sekiranya Terdapat kesalahan dari saya sekeluarga..

Dikesempatan ini juga saya ada promosi Hebat Ramadhan iaitu:

Promosi Terhebat Ramadan: Modal 1, Dapat 70

Setiap Amalan baik kita akan digandakan sebanyak 70 kali di bulan yang mulia ini.Contohnya:


Kalau solat sorang2 dapat PAHALA=1x
Kalau berjemaah =27x

Kalau bulan puasa.. pahalanya =70x
Maka-->
Kalau solat sorang2 dapat PAHALA=1x70=70x
Kalau berjemaah =27x70 =1890x


Mari kita tingkatkan amalan kita.
Ikhlas
Haizal 
0137089306

Tuesday 19 June 2012

Betul ke Melabur kat Unit-Trust tak untung?

Ramai yang tertanya-tanya dan masih ramai yang ragu2 untuk mulakan pelaburan. Tak kiralah sama ada menggunakan TUNAI di tangan atau pun menggunakan wang KWSP. Ramai yang takutkan kerugian..

TANPA disedari..setiap masa yang diambil.. sebenarnya merugikan diri sendiri.. Ini kerana pelaburan unit-trust ini jelas menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Pengurus yang di pilih merupakan pakar saham.. kita hanya melabur dan seterusnya membiarkan wakil pengurus untuk menguruskan pelaburan kita

BUKTI keuntungan sebenar di paparkan di imej dibawah menggunakan software syarikat.. Saya sendiri telah memulakan simpanan.. tak lah banyak sangat..bahkan saya memulakan pelaburan setiap bulan.. Hasilnya kita lihat di bawah..saya mulakan pelaburan dari Nov 2011 sehinga ke hari ini Jun 2012.. Keuntungan yang diperolehi adalah 5.22%.. Bagus ke TAK? Kalau dibandingkan dengan KWSP sendiri.. secara purata, jumlah ini lebih tinggi.. tapi kalau di bandingkan dengan ASB pula dalam tempoh 8 bulan.. prestasi dana ini juga adalah TINGGI..


Jadi apa tunggu lagi? testimoni ini adalah dari saya sendiri untuk tempoh masa 8 bulan.. Akan datang mungkin juga boleh masukkan bukti sebenar dari klien yang lain..

Jika nak tahu lebih lanjut..jangan lupa hubungi saya ye..

Yang seronok bantu orang untuk menyimpan
Haizal

Friday 15 June 2012

Pelaburan sebenar

Pernahkah anda melabur? apa erti pelaburan yang sebenar?

Ketika mempromosikan unit trust ini, saya sendiri telah bertemu pelbagai ragam orang. Ada yang bila bercerita tentang PM.. terus setuju masuk terus untuk melabur. Ada juga yang berkata " tunggu dulu, saya tak bersedia lagi untuk melabur".. dan macam2 lagi..

Tahu atau tidak...sebenarnya hidup kita ini satu PELABURAN. Bermula dari kecil lagi Mak ayah kita dah meletakkan pelaburan dari segi pakaian, pendidikan dan sebagainya.. Pendidikan adalah asas pelaburan untuk masa hadapan.. tak kira lah apa jenis pendidikan yang kita lalui..

Tetapi ketahuilah.. pelaburan yang kita lakukan bukannya HAK KITA? contohnya.. kita ada duit dan kita simpan kat bank.. walau ada 1 juta pun itu bukannya hak kita?

Saya mengikuti ceramah berkaitan IMAN dan TAKWA baru2 ini.. rupa2nya, baru tersedar (sebenarnya dah tahu).. duit yang kita SEDEKAHKAN, ZAKATKAN..itu lah PELABURAN sebenar.. hidup kita hanya sementara..tapi apa yang kita ada.. bolehlah dilakukan untuk agama selain menjamin masa depan di akhirat sana..

Tidak menjadi masalah untuk memulakan pelaburan di dunia.. bahkan digalakkan..lagi banyak simpan lagi bagus... sebab semakin banyak jugalah boleh kita zakatkan...dan banyak juga boleh disedekahkan..
rancanglah masa depan dunia dan akhirat anda

Yang hanya mampu merancang.. yang lain serahkan padaNya
Haizal


Tuesday 12 June 2012

Mana menghilang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..

Kemana saya menghilang? rasanya dah hampir sebulan tak menulis di blog. Adakah saya dah stop jadi ejen unit trust? mungkin itu persoalan dari rakan2 sekalian..

Sebenarnya tidak sekali2.. saya masih lagi menjadi perunding amanah saham. Tidak menjadi masalah untuk saya mendekatkan diri dengan klien. Tetapi, saya sangat sibuk dengan tugas utama iaitu kerja sepenuh masa saya.Buat masa ini saya lebih fokuskan kepada kerjaya utama saya.

Dalam sebulan dua ini, saya banyak menumpukan kepada KPI yang ditetapkan oleh bos. So.. jadi saya teruskan usaha walaupun dalam tekanan yang amat memuncak. Huh..bukan senang kerja government ni.Ingatkan habis PhD dah boleh relax2.. rupa2nya lagi mencabar kehidupan selepas PhD..

Rasa2nya, kalau buat secara full time jadi perunding amanah saham ni lagi kurang pressure. Tapi apa2 pun rezeki semua ditangan Allah. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Mulai saat ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis semula. Terus mencari pencerahan dan berkongsi ilmu di dunia sementara ini.

Mencari dan terus mencari
Haizal

Tuesday 15 May 2012

Elemen-elemen kekayaan


 Seminggu lebih tak menulis dalam blog..rasa-rasa gatal aje tangan ini.. kali ini saya nak menulis mengenai elemen-elemen kekayaan. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai keKAYAan.. tapi ada juga sahabat yang menyangkal bahawa kita tidak perlu mengejar kekayaan dunia.. yang penting itu akhirat..
Saya akui kenyataan sahabat berkenaan. Tetapi Allah tidak menghalang kita untuk mengejar kekayaan di dunia kan? Dengan adanya harta di dunia, lagi banyak kita boleh membawakannya ke jalan di redhaiNya..Boleh menderma, bersedekah dan lebih banyak zakat boleh diberikan..
Untuk menjadikan kita kaya dunia dan akhirat..terdapat 7 jenis kekayaan realiti:
1)     
 Kaya dalaman – Mempunyai minda yang positif, tinggi harga diri, jiwa yang tenang dan tinggi spiritual
2)     
 Kaya Kesihatan- Tiada gunanya kekayaan kalau diri tidak sihat. Kita tidak dapat menikmati kekayaan yang diperolehi.
3)     
 Kaya perhubungan- Perhubungan yang baik perlu dibentuk bersama keluarga dan orang sekeliling. Keluarga perlu diutamakan. Apabila perhubungan keluarga mantap, insyaAllah perhubungan diluar juga bertambah baik. Jangan buat perhubungan dilarang Islam sudah lah..
4)     
 Kaya Kerjaya- Berkerja atau berkerjaya adalah amat penting dalam kehidupan kini. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan keyakinan diri.
5)     
 Kaya Ekonomi- Wang dan harta bukanlah perkara utama di dunia, tapi sebagai perantara atau alat untuk ke syurga. Dengan adanya wang, dapat emmudahkan kehidupan kita di dunia. Dengan adanya wang kita boleh membantu meringakan beban kesusahan orang lain. Kita juga boleh membantu/merancang masa depan anak-anak kita

Wah!! Banyaknye ...

6)     
 Kaya Legasi- Apabila kita tiada di dunia ini, diharapkan amalan kita dapat terus disuburkan dimuka bumi ini. Apa yang kita lakukan sekarang, pahalanya akan berterusan ke anak-anak cucu, anak-anak murid dll. Jadi lakukanlah sesuatu yang akan memberikan impak kepada generasi akan datang.
7)     
 Kaya pengalaman- Perasaan ingin tahu sentiasa wujud di dalam setiap individu. Dengan adanya perasan ini, kita akan sentiasa cuba menerokai pengalaman baru. Aktiviti2 kemanusian,sukan, pelancongan merupakan aktiviti yang baru dan merupakan kekayaan yang sukar diimaginasikan.
Tanpa ketujuh2 elemen ini, manusia akan jadi kaya secara ilusi sahaja.Ingatlah, mengejar kekayaan tidak salah.. tetapi jadikanlah Allah sebagi pelindung, agar hati sentiasa tenang dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai permulaan nak jadi kaya, mulakanlah dengan menyimpan ye!

Yang nak jadi kaya dunia akhirat
Haizal

sumber: Diadaptasi dari Majalah Solusi 2011

Sunday 6 May 2012

Panas

Semalam adalah OFF day.. sempatlah nak bawa isteri dan anak2 pergi shopping dan jalan2.Lepas lunch sempat pergi tapak pesta konvokesyen. Saje je jalan2 tengok2 apa yang boleh dibeli..

Nak jadikan cerita..dalam pukul 12 sampai kat sana.. dan masuklah satu gerai permainan... huh..dalam banyak2 khemah jualan..yang ini yang aku masuk... berpeluh satu badan ..panas.. aku tengo muka anak2 aku merah dah... aku siap komen kat auntie..macammana auntie boleh meniaga panas2 ni? makcik tu jawab ..nak cari rezeki halal...Alhamdulillah. Gerai auntie ni berada ditengah2 antara gerai yang lain..jadi angin tak masuk.. so terpaksa meniaga jugalah nak cari reseki yang halal..



Sedang aku dok komplen sebab panas... berpeluh satu badan.. wife aku pun menyampuk "hai..komplen macam orang perempuan..orang yang paki tudung ni senyap je.. dia yang banyak komplen" hehe..aku tersenyum dek di perli oleh isteriku.. aku faham maksudnya..

Di akui..sejak ada anak 2 orang ni...aku dah banyak membebel..banyak bercakap..terutamanya sejak jadi ejen unit trust ni..kalau tak bercakap takdelah extra income kan?.. buat sambilan pun ok..janji ikhlas nak tolong orang untuk melabur dalam dana islamik..

cerita pasal panas.. panas tambahan datang dari anakku yang merengek2 nak kan mainan kat rumah...tak pasal2 datang sekejap je tapak konvo ni... kesimpulannnya..jangan datang tapak konvo waktu tengahari..terutamanya bawa anak2!.. kalau tidak panas satu badan...

Kalau nak cool.. beli la air kat situ hehe..

Yang takut panas api neraka.. nak pro;otew product halal je
Haizal




Thursday 3 May 2012

Tangan Gatal..

Assalammualaikum...

Dah 6 hari tak pos apa2 kat blog ni..rasanya gatal2 aje tangan ini..gatal tangan sebab tak dapat tulis blog..gatal tangan sebab tak dapat bercerita tentang amanah saham PM.. Sebenarnya banyak sangat benda berkaitan kepentingan simpanan dan pelaburan nak tulis.Tapi terbantut dengan kerja2 hakiki..
Jurnal baru siap correction..lepas ni ada banyak lagi kerja yang menunggu untuk disiapkan..

Tak apalah..sibuk maknanya takdelah goyang kaki.. hoepefully tangan gatalku dapat pegang berjuta2 kepingan syiling macam dalam gambar kat bawah ni. Moga sebahagian dapat di infakkan ke jalan Allah dan sebahagian untuk diri sendiri dan keluarga hanya untukNya juga...



Moga apa yang kita usahakan sentiasa diberkati dan diterimaNya sebagai Ibadah..

Yang gatal tangan..
Haizal

Friday 27 April 2012

Maybe Accepted, Accepted or Rejected


Baru semalam dapat respond dari jurnal yang saya tulis.Almaklumlah sebagai lecturer kena tulis jurnal  hasil daripada penyelidikan kita.. dapat resultnya MAYBE ACCEPTED… huh, nasib baiklah masih dalam bersyarat.. kena buat revision (pembetulan) dan respond balik kepada Jurnal editor. Sekarangni tengah struggle nak menjawab soalan soalan dari reviewers.. tapi masih sempat tulis blogJ hehe..
Maybe ACCEPTED

Dalam kehidupan seharian ..kita takkan dapat lari dari MEMBUAT KEPUTUSAN dan MENERIMA KEPUTUSAN. Yang penting jangan cepat berputus asa..life must goes on..

Sama sebagai perunding amanah saham PM ni, saya terima segala rejection or Maybe accepted condition sama macam jurnal editor tu send kat saya.. Segala kesilapan, akan diperbetulkan untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik. Kalau ACCEPTED Alhamdulillah, sebab kepercayaan orang dah ada pada saya. Kalau tiada pun..mungkin orang lain akan ACCEPT saya..

Teringat dulu, zaman nak meminang isteri saya. Siap membawa rombongan dari Klang ke Alor Setar. What happened if her parents didn’t accept me?.. Alhamdulillah dah ACCEPTED selama 6 Tahun.. dah ada 2 orang puteri yang comel dah pun..
Dua orang puteri yang di ACCEPT sebagai tanggungjawab ALLAH


Sebagai seorang pelajar.. janganlah berputus asa untuk berusaha supaya projek anda di ACCEPT.. kalau tak diterima semua.. hopefully berada dalam MAYBE ACCEPTED..sebelum di ACCEPT sepenuhnya. Setelah itu jangan lupa berdoa..Hopefully dapat ‘A’ kalau tak dapatpun kurang sikit..jangan kena REJECT sudahlaJ

Yang sentiasa berusaha untuk DITERIMA
Haizal

Wednesday 25 April 2012

Kisah Benar: Usaha berterusan dan menyimpan


Susah sangat ke nak mulakan menyimpan?
Persoalan ini saya selalu tanyakan kepada kawan2 yang rasa liat nak mulakan menyimpan. Sehari rm1 sebulan dah rm30..kalau sehari simpan rm5, sebulan dah rm150..kalau setahun? 10 Tahun?..

Saya teringat kisah ayah saya..sewaktu bujang sehingga kini. Ayah saya seorang  anak yatim. Kelahirannya tiada ayah, ibu pula berkahwin lain ..dan tinggallah dijaga oleh atuk. Disebabkan kesusahan, ayah hanya bersekolah sehingga darjah 3 dan mula bekerja sebagai buruh di kilang pembuatan getah ketika belasan tahun sehingga pencen
Ketika berkahwin dengan emak, ayah dan emak tiada sebarang harta pun, hanya menyewa disebuah rumah kecil yang tidak berbilik dan tandas berada di luar. Setiap kali hujan, pasti air sungai akan masuk ke dalam rumah.

Ayah pula, bekerja setiap hari hanya berbasikal untuk bekerja dari 8pagi hingga 5 petang sebagai seorang buruh dengan gaji yang tidak seberapa iaitu dalam puluhan ringgit sebulan di sekita 70-an.
Tetapi yang saya kagum dengan sikap ayah, dia tidak berputus asa dengan hidup. Terus berusaha dan bekerja keras. Setiap bulan, akan diberikan kepada emak untuk disimpan. Mak pula hanya menyimpan dibawah bantal (ketika itu tiada bank). Ketika ini anak dah 3 orang dan saya belum lagi lahir..
Setelah 11 tahun melalui perkahwinan, akhirnya pada tahun 1981. Hasil simpanan wang setiap bulan dan di simpan di bawah bantal (Masa ni takde bank lagi)., akhirnya ayah berjaya membeli suku ekar tanah bernilai 2000 ringgit (Sekarang harga tanah di Klang mungkin dah bernilai rm100k peningkatan 5000%). Semuanya HASIL MENYIMPAN SETIAP BULAN!.. Walau susah macammanapun, simpanan bulanan tetap dilakukan. Kebetulan pada tahun 1981 juga saya dilahirkan sebagai anak ke 4 daripada keseluruhan 5 adik beradik. Setelah berjaya memiliki tanah sendiri, maka ayah pun menggunakan kemahiran bertukang sendiri menyediakan rumah kami sendiri. Kami berpindah pada tahun itu juga.. mungkin rezeki anak yang dilahirkan (Saya lah tu:)

Alahmdulillah masa berlalu, bila dah ada ASB, ayah simpan tiap2 bulan kat ASB .. Duit itulah digunakan untuk membuat rumah, persekolahan anak2 semua dari hasil titik peluh bekerja keras untuk membesarkan kami semua. Sekarang ini, rumah yang dibina atas tapak tanah suku ekar itu mampu menempatkan kami 5 beradik sekeluarga untuk pulang berkumpul sama2…

Refleksi: Kesusahan tidak menghalang kita untuk berusaha mencipta kejayaan. Hasil usaha dan tindakan bijak memulakan menyimpan dari muda, Alhamdulillah kesannya adalah dalam jangka masa yang sangat panjang. Kalau ayah saya seorang BURUH boleh menyimpan setiap bulan. Kenapa tidak kepada sahabat2 sekalian? Kepada pelajar juga mampu untuk mengenepikan sedikit biasiswa untuk mulakan menyimpan.. Percayalah, kesannya adalah dalam jangka masa yang panjang.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Yang suka mendidik untuk menyimpan
Haizal

Monday 23 April 2012

Ilmu dan harta


Semalam baru balik dari KL.. Semasa perjalanan balik tu buka radio IKIM. Terdengarlah ustaz bercerita mengenai ilmu dan harta. Ada 4 golongan manusia yang memiliki atau tidak memiliki ilmu/harta. 4 Golongan itu adalah:
Ilmu atau Harta mana lebih penting?

Golongan 1: Mempunyai harta dan mempunyai ilmu
Golongan ini adalah golongan yang sangat beruntung. Dengan ilmu dia boleh mencari kekayaan. Dengan ilmu dia boleh membezakan yang mana HALAL dan yang mana HARAM. Dengan ilmu juga, dia dapat bersedekah, membayar zakat kepada umat Islam yang memerlukan. Tanggungjawab kepada agama juga tidak dilupakan.

Golongan 2: Mempunyai ilmu tapi tidak berharta.
Golongan ini adalah golongan yang mempunyai ilmu. Dengan ilmu dia mampu berusaha untuk mengejar kejayaan.Dengan ilmu harta dunia dan akhirat boleh diperolehi

Golongan 3: Mempunyai harta tapi tidak mempunyai ilmu
Golongan ini berada dalam keadaan bahaya. Tanpa ilmu, dia tidak dapat menempatkan harta pencarian di tempat yang sepatutnya. Boleh jadi lalai kerana harta dunia. Kalau dia bijak, dia boleh melabur untuk mendapatkan ilmu.

Golongan 4: Tidak mempunyai ilmu dan tidak mempunyai harta.
Amatlah malang golongan ini. Apa2pun dari golongan ini boleh upgrade ke golongan lain jika berusaha.

Refleksi keatas diri sendiri:
Jika dikenang kembali mengenai harta dan ilmu terhadap diri sendiri, saya teringat permulaan hidup sebagai pelajar.  Masa tu boleh dikatakan berada di golongan 4 iaitu tiada harta dan tiada ilmu. Tapi, saya tak putus2 asa untuk terus belajar. Masa tengah belajar dah upgrade ke golongan 2. Bila dah berjaya, saya dah dapat pekerjaan. Masa tu dah ada ilmu dan harta..upgrade ke golongan 1. Tapi, bila saya dah start melabur/menyimpan kat tempat2 yang haram/melibatkan riba.. saya di downgrade ke golongan 3.Masa ini baru sedar, yang ilmu yang dipelajari sebelum ni adalah ilmu engineering, bukannya ilmu kewangan islamik. Selepastu la saya buat research dan mengikuti pelbagai kelas berkaitan pelaburan Islamik. InsyaAllah sekarang dan kembali berada di golongan 1 dan masih berterusan mengukuhkan/mempelajari ilmu kewangan.

ANDA BERADA DI GOLONGAN YANG MANA?

p/s: Kalau tak tahu kenalah bertanya.. macam anak murid dengan gurunya. Kalau takut nak melabur..kenalah bertanya kepada yang tahu..

Yang sentiasa nak berada di golongan 1 supaya dapat bantu orang Islam faham pelaburan HALAL dan HARAM

Haizal
013-7089306

Saturday 21 April 2012

Usrah


Usrah bermaksud keluarga.. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili.
Dari segi istilahnya pula, usrah  bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah
Masa saya di sekolah mahupun IPTA, rasa berat sangat nak join aktiviti2 macamni. Alhamdulillah,kini, walaupun  dalam kesibukan kerja seharian..Allah masih membuka sedikit masa buat saya untuk bersama2 bertadarus, berkongsi ilmu, berfikir ke jalan Allah s.w.t. Kesibukan sebagai pensyarah dan perunding unit trust tak menghalang semua itu…
Yes I Am.. I m Happy since ALLAH always with us

Ketika berada dalam “bulatan gembira” saya rasa senang, tenang dan rasa happy bila sahabat2 bercerita mengenai kehidupan seharian dan kisah2 sahabat.  Baru2 ini, saya sangat gembira dapat share apa yang saya pelajari di bengkel perancangan keluarga Islam . Mengenai kepentingan pelaburan yang HALAL dan menjauhkan diri dari RIBA. Bahaya riba sangat dahsyat sehinggakan Allah member hukuman berikut:
a)      Pemakan dan pemberi riba perangi ALllah SWT dan RAsulullah SAW- Kalau kita menentang Allah Neraka lah tempatnya dan syafaat takkan diterima
b)      Kehilangan berkat Harta dan Kehidupan -  Tiada keberkatan dengan harta walau harta banyak sentiasa tak mencukupi. Kadang2 harta sedikit lebih diberkati
c)       Seperti Berzina dengan Ibu Bapa sendiri- MasyaAllah adakah kita membenarkan riba?
d)      Lebih berat dari 36 kali Zina- dekat dengan zina je dah besar dosanya.. apatah 36 kali ganda
e)      Salah satu daripada Tujuh Dosa Terbesar- Dosa yang amat besar…
Yang suka berkongsi.. lets share
Haizal
013-7089306

Wednesday 18 April 2012

Nak KAYA?


Apabila soalan itu ditanya kepada kita… pasti kita katakana ‘NAK’. Tapi apa usaha kita untuk jadi kaya?
Memang diakui ada banyak cara untuk jadi kaya.. tetapi setiap usaha perlulah mendapat kerdhaanNya dengan cara yang HALAL. Biar sedikit tu berkat daripada banyak yang tidak diberkati..
Sikit je kan?Pergi shopping dah habis...

Satu soalan pernah ditanya kepada saya ketika mula2 join unit trust consultant ni iaitu “ Apa tujuan anda nak join sebagai agent unit trust?”… Jawapan yang saya beri “ Nak tolong orang” dan “nak bawa mak ayah pergi haji”..InsyaAllah itu niat dihati.. Sebenarnya, tak dapat disembunyikan dalam diri..untuk buat semua tu kita perlukan duit… dengan kata lain nak jadi kaya..Moga dengan adanya kekayaan di dunia ni yang berlebihan boleh di infakkan untuk saham di akhirat… Teringat kisah Abu Dahdah dan Ummi Dahdah yang pernah diceritakan disini… Suami isteri yang hidup di zaman Rasulullah ini mempunyai  banyak hartanya dan sanggup menginfakkan semuanya kepada Allah..Moga kita semua dapat melakukan seperti mereka, kalau tak banyak ..sedikit pun jadi lah..

Pernah saya temui agent unit trust ni dari pelbagai golongan professional seperti doktor, pensyarah, lawyer dan juga seorang jutawan restoran… Mereka semua sudah berada di zon selesa.. tapi masih nak buat unit-trust ni.. Selain bertujuan mempromosikan unit trust ini..sebenarnya mempromosikan produk amanah saham yang bersih dan HALAL mengikut syariah islam. Hopefully janganlah ada kawan2 yang merendah2kan konsultan unit trust. Kebanyakannya nak bantu kawan2 yang ada kat luar sana untuk memahami apa itu unit trust/ amanah saham ISLAMIK..

Nak jadi KAYA? Tak kira apa yang anda sedang lakukan..Apa2 mulakan dengan menyimpan.. 100 sebulan ke 200 sebulan..kalau 10 atau 20 tahun dah berapa? Masa muda2 lah menyimpan..sebab bila dah TUA.. mesti menyesal... Nak senang buat potongan gaji tiap2 bulan.. nak tahu pasal unit trust dan cara nak cuba jadi kaya ..hubungi saya..

Yang nak jadi kaya dunia akhirat
Haizal
013-7089306

Monday 16 April 2012

Pelaburan Emas vs. Unit trust

Melalui pengalaman, penyelidikan dan pembacaan sebagai pelabur dan ejen untuk kedua2 jenis pelaburan diatas, saya rumuskan untuk perbandingan pelabur2 sekalian.. Maklumat diberikan sebahagian besar adalah berdasarkan fakta, tetapi ada sebahagian kecil adalah pendapat peribadi.

 1) Definisi:


a) Pelaburan Emas
 - Pelaburan emas adalah apabila anda membeli emas untu pelaburan. Emas ini digunaan sebagai penyimpan nilai kekayaan dan ia digunakan untuk simpanan jangka masa panjang.
 - Terdapat 2 jenis:
a)Membeli Emas Fizikal
b)Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank, UOB dan Maybank)
- Emas Perhiasan( Rantai, gelang, cincin emas dsb.) bukan pelaburan emas. Tetapi syiling emas,jongkong emas, wafer dsb adaah contoh2 emas untuk peaburan.
AWAS: Simpanan menggunakan buku pelaburan adaah haram disisi Isam kerana bank tidak ada jumlah simpanan emas yang sebenar.Seolah2 kita beli emas tak dapat emas.

  b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Skim unit amanah atau unit trust scheme merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
- Secara bahsa mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana syarikat seperti Pubic Mutual. Syarikat ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Syarikat ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission SC)

  2) Syarikat2 Pelaburan

a) Pelaburan Emas
 - Ada banyak bank2 atau syarikat yang ditubuhkan untuk pelaburan emas antaranya Maybank, UOB, Public Bank, Public Goldijang emas dan banyak lagi.
- Ada bank bank yang menawarkan Emas Fizikal dan Ada yang menawarkan buku pelaburan emas
AWAS:
1) Banyak syarikat yang menipu mengaut keuntungan pelaburan emas. Berhati-hatilah

 b) Unit Trust/ Saham Amanah - ASB, ASN, ASAS, AS1M merupakan contoh terkenal Saham Amanah dimiliki Kerajaan - Public Mutual, CIMB dan banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan Saham Amanah secara halal AWAS: 1) Kebanyakan Amanah Saham adalah tidak patuh syariah antaranya adalah ASB. Boleh semak di laman web sc.com.my. Kalau TIDAK PATUH SYARIAH tu faham2 lah 2) Amanah saham tidak menjamin memberi pulangan tetap. Tetapi berubah2 keuntungan setiap tahun. Mungkin lebih tinggi dari ASB. Berhati2 jika ada ejen yang menjanjikan keuntungan besar

3) Faktor faktor Mempengaruhi


a) Pelaburan Emas
 - Jika US Dollar naik, harga Emas akan jatuh dan jika US Dollar jatuh, Harga Emas akan naik.
- Saving Heaven: Emas pernah dikenali sebagai Saving Heaven. Jika ekonomi dunia dilanda krisis, para pelabur akan meletakkan simpanan mereka kedalam simpanan emas. Walaubagaimanapun, pada masa kini… harga emas tidak menentu. Ada turun ada naik.
AWAS: Pelaburan Emas tidak sentiasa menjamin keuntungan. Tapi baik untuk jangka masa panjang.

b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Bergantung kepada pasaran saham antarabangsa dan tempatan. Jika ekonomi dunia/Saham adalah baik. Harga unit akan bertambah.
- PAsaran tempatan bergantung kepada KLCI.
AWAS: Unit trust juga tidak menjamin keuntungan. Tetapi sejarah membuktikan ia suatu pelaburan menguntungkan


4) Halal vs. Haram

a) Pelaburan Emas 
- Tiada masalah untuk membeli Emas Fizikal asalkan dibeli pada suatu masa. Beli emas dapat Emas
 - Haram jika menyimpan emas dalam Buku Pelaburan Emas. Beli EMAS tak dapat EMAS.
AWAS: Kena berhati2 dengan syarat pembelian emas fizikal. Kalau tersilap caranya boleh jadi haram.

 b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Banyak syarikat yang menawarkan saham amanah yang PATUH SYARIAH antaranya adalah Public Mutual dan banyak lagi - Pastikan beli yang patuh syariah sahaja.
AWAS: Amanah Saham yang terkenal, tak semestinya halal. Kena semak sendiri sama ada patuh syariah atau tidak

 5) Cara menyimpan

a) Pelaburan Emas
- Beli dan simpan sama ada di rumah atau di bank.
- Jika takut simpan di rumah, baik sewa peti simpanan yang ditawarkan oleh banyak bank bank di Malaysia seperti di Public Bank, Maybank dan sebagainya
AWAS: Kos extra tahunan diperlukan untuk keselamatan EMAS FIZIKAL kita untuk disimpan di bank yang menawarkan peti simpanan.
b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Tak perlu risau di curi. Semuanya ada di syarikat Amanah Saham. Bawa IC boleh semak status pelaburan. Boleh juga semak secara online harga semasa.


6) Sejarah Keuntungan
Perbandingan Keuntungan Peaburan Emas dan Contoh Dana ISAMIK Unit Trust

Dalam tempoh 10 Tahun, Pelaburan Emas memberikan sedikit kelebihan. Walaubagaimanapun, dalam tempoh yang lebih lama, Unit Trust lebih menguntungkan.. Pilihla yang terbaik untuk kesesuaian diri.


7) Keselamatan Pelaburan

a) Pelaburan Emas
- Tiada Jaminan Harga akan naik atau turun - Tiada keseamatan untuk simpan emas fizikal di rumah. Risiko kecurian
- Boeh simpan menggunakan peti simpanan emas di Bank, tapi caj sewaan tambahan diperlukan

b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Tidak perlu risau, semuanya di uruskan oeh syarikat. Wang di uruskan/disimpan oleh syarikat.
- Akaun dijaga oleh ejen/konsutan unit trust.
 - Keuntungan lebih tinggi jika ejen bijak menguruskan kewanagan anda.

8) Caj Servis/Spread

a) Pelaburan Emas 
- Apabila membeli emas,perhatikan perbezaan spread. Iaitu perbezaan harga BELI dan harga JUAL. Jika tinggi maknanya jika kita nak jua dikemudian hari, kita peru jua ebih tinggi
- HArga spread adalah dalam ingkungan 5% dan keatas. Ada yang sampai 10% dan mungkin lebih.
AWAS: Setiap syarikat menawarkan harga spread berbeza2. Ada juga syarikat yang mengenakan pelbagai caj tambahan semasa jualan

b) Unit Trust/Saham Amanah
- Boleh menggunakan secara tunai atau ambil sebahagian dari KWSP.
- One time caj only iaitu 5.5% untuk TUNAI dan 3% untuk KWSP. Ia boleh dikira upah untuk ejen/syarikat membantu menguruskan pelaburan.
 - Jika dibandingkan dengan EMAS, ia boleh dikira kecil.


9) KELEBIHAN 

a) Pelaburan Emas
i) Mata wang Islam di zaman Rasulullah SAW. Menggunakan dinar dsb.
ii) Penyimpan kekayaan
iii) Kalis inflasi
iv) Jika US dollar jatuh, Harga EMAS akan naik
v) Jika ada masalah keseamatan dunia seperti peperangan dan ancaman harga EMAS akan naik
vi) UNTUNG jika ada kenaikan harga
vii) SPREAD yang rendah 5% dan keatas.
b) Unit Trust/ Saham Amanah
i) Simpanan untuk mengatasi infasi. Simpanan akan memperolehi dividend an kenaikan harga lebih dari INFLASI.
ii) Jika ekonomi baik, harga saham akan naik dan saham amanah juga akan naik
iii) UNTUNG jika diberi DIVIDEN dan KENAIKAN HARGA
iv) Tak peru risau nak simpan/keselamatan simpanan. Semua diuruskan bank. Tidak perlukan untuk menyewa peti simpanan di bank
v) Boleh menggunakan KWSP untuk pelaburan tanpa menggunakan tunai di tangan. Boleh klik CARA MELABUR MENGGUNAKAN KWSP.
vi) Caj servis yang rendah iaituhanya sekali 3% untuk KWSP dan 5.5% untuk Tunai.

KOMEN SAYA: Kalau lihat statistik..selain hartanah..kedua2 pelaburan ini mampu memberi keuntungan lumayan. Tetapkan OBJEKTIF pelaburan sama ada untuk PERSARAAN, PENDIDIKAN ANAK2 dan SEBAGAINYA. Kedua2 pelaburan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Piih mana yang sesuai dengan profi diri.Lebih baik piih KEDUA2... Yang penting juga perlu ada ILMU untuk elak ditipu 

Yang berubah dari engineer kepada penasihat kewangan..
Haizal

Friday 13 April 2012

Siapa pindahkan keju saya?


Siapa pindahkan keju saya?- Who moved My cheese...

Sebenarnya saya tertarik dengan video motivasi ini di bawah ini.Sebenarnya ia berasal dari buku bertajuk "Who moved My cheese"

Cerita yang berkisar mengenai cara yang hebat untuk menghadapi perubahan dalam KERJA dan KEHIDUPAN.. kali pertama melihat video..terasa banyak sikap diri ini yang perlu diubah.. Untuk berjaya, sikap diri sendiri yang kena ubah dulu...

Ia berkisar 4 karakter yang mengejar keju/cheese untuk kehidupan seharian..

2 ekor tikus yang bernama Sniff dan Scurry dan 2 orang kerdil sebesar saiz tikus yang bernama Hem dan Haw


Si Sniff cepat menghidu
Si Scurry cepat bergerak dan bertindak
Si Hem selalu di dalam penafian dan menolak untuk membuat perubahan kerana takutkan kemungkinan yang lebih buruk di hadapan
Si Haw belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Dia sentiasa berfikir untuk berubah.Selepas suatu ketika apabila dia mula melihat peluang yang lebih baik di hadapan

Karakter mana yang hebat?..best kalau dapat berfikir macam Haw kan?
Saya suka quote2 yang dia akan tulis kat dinding antaranya:
"What will you do if you weren't afraid?"

Jadi kita perlu berani untuk buat apa yang perlu..keluar dari kepompong ..jalan terus ...untuk terus berjaya... Quote ini sesuai untuk semua..tak kira businessman, pelajar, mencari kerja, pelaburan, ejen unit-trust dan semua yang kita lakukan dalam hidup kita..

Jangan lupa lihat video kat atas ye:)

yang baru ikut kelas management..
Haizal

Monday 9 April 2012

Menuntut ilmu hingga….

Hari Sabtu yang lalu aku berada di KL dengan dua tujuan… pertama untuk mengahdiri bengkel perancangan kewangan keluarga Islamik dan pada masa yang sama mengajar secara part time di KL..
Kisah bengkel Islamik tu akan aku kongsikan secara berkala di blog ini.. tetapi entri kali ini adalah berkaitan semangat anak2 murid yang telah bekerja untuk menyambung pelajaran…

2 hari yang lepas..kebetulan aku member Ujian 1 untuk anak2 muridku… kesemuanya sudah bekerja dan ada yang beranak pinak.. ada yang dari pelbagai latar belakang pekerjaan..dari juruteknik, inspector dan sebagainya dan dari pelbagai syarikat mahupun university.. Mereka ini sangat tekun untuk belajar untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda untuk diri mereka… walaupun bayaran dikenakan agak mahal tapi mereka ini cekal mengharungi dugaan..cabaran untuk berjaya.. SYABAS ku ucapkan ..moga berjaya sampai graduate nanti..

Aku hanya sekadar membantu… tapi kunci kejayaan seorang student itu sendiri adalah USAHA, DOA dan TAWAKKAL kepada Allah.. tidak semuanya MUDAH dan tidak semuanya SUSAH..yang penting kena berani berusaha dengan cekal..

Walaupun aku sudah memperolehi segulung ijazah phD..tapi laluan yang aku lalui dulu tidak semudah disangka.. seawal projek PSM dulu..aku pernah hampir2 kantoi… siap extend 1 sem untuk buat psm sahaja..tapi Alhamdulillah lepas….Aku juga pernah beberapa kali menangis semasa buat phD di Perancis dulu! Nasib baik ada Puan Rokiah yang banyak membantu member dorongan dan semangat.. apa taknya, masa tu projek antenna aku hampir siap..tapi ntah silap mana… ada banyak xcratch pada metal antenna aku… nasib baiklah semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini…..

YANG PENTING KEPADA SAHABAT2, ADIK2 MAHUPU ABANG2 or KAKAK2 dan SEMUA yang mengenali diri ini… jangan lupa USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. InsyaAllah usaha kita diberkati…

Yang sentiasa rajin nak menuntut ilmu
Haizal

Saturday 7 April 2012

Jutawan Dunia vs. Jutawan Akhirat


Alhamdulillah..
berakhir sudah bengkel perancangan keluarga Islam di Masjid Wilayah KL hari ini.. Bengkel ini yang saya war warkan sebelum ini di sini Walaupun berlangsung setengah hari..namun kesannya terlalu mendalam pada diri ini..rasa tidak cukup ilmu yang diperolehi.. setinggi mana yang aku belajar selama ini…sebenarnya banyak yang aku tidak ketahui…InsyaAllah intipatinya akan aku kongsikan di blog ini..


Haram..
Banyak sangat perkara yang berkaitan dengan pelaburan/simpanan/perbankan/insurans adalah haram.. MasyaAllah walau sesetengah kita tahu.. tapi tiada tindakannya.. antara yang dibincangkan adalah :
1)      Kad kredit – Walau kita bayar tepat pada masanya, kedai tetap membayar beberapa percent kepada bank
2)      ASB, ASN dan seumpamanya – Suruhanjaya sekuriti Malaysia dah isyitiharkan TIDAK PATUH SYARIAH..atau bahasa direct HARAM
3)      Dividen KWSP- 70% sumber dividen adalah dari sumber yang meragukan
4)      Insurans Konvensional- Menyokong system konvensional
5)      Bank Konvensional- Menyokong bank konvensional berkait dengan Riba
6)      Pinjaman bank konvensional (loan rumah, peribadi dan sebagainya) – jelas berkait dengan riba
7)      Buku Pelaburan emas- Haram, beli emas tak dapat emas

Hampir semua diatas kita miliki kan?  Bukan mudah untuk kita lepaskan satu persatu..tapi sekarangni dah banyak option di dalam perbankan islam/ unit trust mahupun takaful yang berasaskan ISLAM mahupun PATUH SYARIAH.. Untuk diriku ketika mendengar ceramah Dr. Zaharuddin, bergetar tangan mahupun hati ini…tapi aku bertekad akan cuba buang satu persatu..
Persoalannya : Kita Mahukan Syurga atau Neraka?

Hukum..
Hukuman RIBA adalah seperti berikut:
a)      Pemakan dan pemberi riba perangi ALllah SWT dan RAsulullah SAW- Kalau kita menentang Allah Neraka lah tempatnya dan syafaat takkan diterima
b)      Kehilangan berkat Harta dan Kehidupan -  Tiada keberkatan dengan harta walau harta banyak sentiasa tak mencukupi
c)       Seperti Berzina dengan Ibu Bapa sendiri- MasyaAllah adakah kita membenarkan riba?
d)      Lebih berat dari 36 kali Zina- bergetar hati ini…
e)      Salah satu daripada Tujuh Dosa Terbesar- Dosa yang amat besar…

Kisah sahabat…

                Suatu hari seorang anak yatim bertujuan ingin membuat pagar disekeliling rumahnya bagi memisahkan sempadan kawasan rumahnya.Tetapi ada sebatang pokok Tamar kepunyaan jirannya menghalang niatnya untuk membuat pagar. Maka si anak yatim ini berjumpa dengan jirannya untuk meminta kebenaran untuk memotong pokok tersebut.. tetapi tidak dibenarkan.. Kemudian si anak yatim itu meminta untuk membelinya..tetapi si jiran tetap tidak membenarkan. Maka si anak yatim mengadu perkara tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W

                Nabi Muhammad S.A.W segera memanggil si jiran tersebut bertanyakan perkara tersebut.. dan jawapan yang sama diberikan oleh si jiran tersebut. Maka Nabi S.A.W meng’offer’ jika kau berikan sebatang pokok kurma dan aku janjikan sebatang pokok kurma di syurga kelak..adakah kau akan menerima.. Namun, alangkah terkejutnya apabila si jiran tetap menolak permintaan tersebut..

Kemudian Nabi SAW bersabda

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245)

Suatu ketika Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepada para sahabat. Tiba-tiba Abu Dahdah r.a. berdiri. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, benarkah Allah meminta pinjaman kepada kita?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.” Abu Dahdah kembali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Dia akan mengembalikannya kepadaku dengan pengembalian yang berlipat-lipat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.”

“Wahai Rasulullah, ulurkanlah kedua tangan Anda,” pinta Abu Dahdah r.a. tiba-tiba. Rasulullah saw. balik bertanya, “Untuk apa?” Lalu Abu Dahdah menjelaskan, “Aku memiliki kebun, dan tidak ada seorang pn yang memiliki kebun yang menyamai kebunku. Kebun itu akan aku pinjamkan kepada Allah.” “Engkau pasti akan mendapatkan tujuh ratus lipat kebun yang serupa, wahai Abu Dahdah,” kata Rasulullah saw.

Si jiran kemudiannya bersetuju menerima cadangan Abu Dahdah..maka gembiralah si jiran kerana sepohon pokok kurma berjaya ditukarkan dengan sebuah kebun yang segar… walaupun tanpa disedari..ianya hanya harta dunia….tetapi Abu Dahdah terlalu gembira sambil mengucapkan takbir, “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Lantas ia segera pergi ke kebunnya. Ia mendapati istri dan anaknya sedang berada di dalam kebun itu. Saat itu anaknya sedang memegang sebutir kurma yang sedang dimakannya.

“Wahai Ummu Dahdah, wahai Ummu Dahdah! Keluarlah dari kebun itu. Cepat. Karena kita telah meminjamkan kebun itu kepada Allah!” teriak Abu Dahdah.. Beliau tidak menyatakan pemberian itu kepada si Jiran tetapi semuanya kepada Allah.

Istrinya faham betul maksud perkataan suaminya. Maklum, ia seorang muslimah yang dididik langsung oleh Rasulullah saw. Segera ia beranjak dari posisinya. Ia keluarkan kurma yang ada di dalam mulut anaknya. “Muntahkan, muntahkan. Karena kebun ini sudah menjadi milik Allah swt. Ladang ini sudah menjadi milik Allah swt.,” ujarnya kepada sang anak.

Subhanallah! Begitulah kisah di zaman Nabi SAW lagi telah wujudnya orang yang tamakkan harta dunia walaupun telah dijanjikan sepohon Tamar di syurga.. dia tetap menolaknya..Sebaliknya Sahabat bernama Abu Dahdah sanggup berkorban apa sahaja untuk harta Akhirat.. Oleh itu, jangan takut untuk meninggalkan perkara yang haram yang masih ditangan kita.. semuanya Hanya untukMU..


Yang Menasihati diri sendiri..

Friday 6 April 2012

Untung ke Melabur di Unit trust?

Soalan ini mesti ramai yang bertanya sebelum ingin melabur di unit trust. Masih ramai yang ragu2 dan was2 tentang keselamatan dan keuntungannya. Bagi yang tak pernah melabur memang kurang kefahamannya. Kata orang tak cuba tak tahu.. Tapi amanah saham inilah yang banyak membantu kaum BUKAN BUMIPUTERA untuk persaraan dan pendidikan anak2 mereka selama berpuluh2 tahun lamanya...

Kerajaan sendiri telah membenarkan pengeluaran Akaun 1 di KWSP untuk MENAMBAH pendapatan SIMPANAN HARI TUA ANDA.  Kerajaan tak boleh bagi tinggi tapi unit trust boleh.. Kat sini aku tunjuk perbandingan Unit trust dan KWSP.. KWSP memmbenarkan pengeluaran sebahagian Akaun 1 seperti yang aku cerita sebelum ini.  Ia boleh buat secara 3 bulan sekali.

Berikut adalah perbandingan KWSP dengan dana ISLAMIK unit trust menggunakan software syarikat …Melalui pelaburan LUMP SUM (Sekali sahaja)

@KLIK GAMBAR untuk besarkan
Katakan permulaan pelaburan adalah rm1000..Daripada perbandingan hampir 7 tahun diantara dana islamik diatas.. pada permulaannya unit-trust adalah kurang berbanding KWSP kerana ada servis caj sebanyak 5.5%.. Tetapi untuk jangka masa panjang... keuntungannya jauh lebih baik dari KWSP.. keuntungan hampir 80% dalam masa tujuh tahun menunjukkan kelebihan unit trust..secara purata keuntungan setahun adalah ahmpir 12%!   

Mari kita lihat pula jika kita menggunakan KWSP untuk membuat pelaburan setiap 3 bulan sekali.. bermula dengan pelaburan sebanyak rm10000 dan seterusnya rm10000 untuk setiap bulan


Di dalam kes kedua ini... ibaratnya sama seperti pengeluaran wang Akaun 1 KWSP untuk dikeluarkan setiap 3 bulan sekali..dapat dilihat pelaburang sebanyak rm300ribu..telah menghasilkan rm86ribu berbanding 70ribu dalam kwsp.. Jelas sekali unit trust boleh menambah simpanan persaraan berbanding KWSP..

Di dalam kes2 tersebut..servis caj yang dikenakan adalah 5.5% untuk sekali masuk sahaja.. tapi sebenarnya servis caj dikenakan sekarang hanya 3%... Pikir2kanlah mengenai simpanan anda..Apa yang saya tulis ini adalah rekod sebenar dana ISLAMIK terkenal di syarikat ini..

Untuk tahu lebih lanjut cara melabur menggunakan KWSP boleh klik disini..
Kalau nak melabur cash pun boleh..sebba jelas keuntungannya agak lumayan..

Yang dah start melabur kat unit trust





Thursday 5 April 2012

Haram vs Halal

Aurat..
Kalau dulu-dulu ramai lelaki pakai seluar pendek (seluar katok)..sekarangni dah pakai seluar panjang..
Kalau dulu2 wanita keluar rumah tak pakai tudung..sekarang dah pakai tudung…
Kalau dulu2 wanita pakai skirt..sekarang dah pakai pakain menutup aurat

Makanan..
Kalau dulu2.. asal Takde BXXX je semua boleh makan..Sekarang dah ada JAKIM sahkan kesahihan keHALALan
Kalau dulu pergi semua kedai makanan.. Nampak je ada orang Melayu..kira boleh makan..sekarang kena berhati2..tak semua kedai tu  adalah halal

Ekonomi..
Kalau dulu ..yang ada hanya bank konvensional… sekarang dah ada bank islamik..
Kalau dulu hanya ada insurans konvensional.. sekarang dah banyak dah takaful..
Kalau dulu tiada pilihan nak buat pinjaman peribadi konvensional..sekarang dah banyak dah yang menawarkan pinjaman peribadi secara ISLAMIK..
Kalau dulu banyak meragukan mengenai Saham Amanah..sekarang dah banyak dah SAHAM AMANAH ISLAMIK..

Tapi.. yang aku tak faham.. kenapa masih ada golongan Senior, masih mempertahankan pinjaman/loan yang kita buat perlu berdasarkan NIAT tanpa mengira pinjaman konvensional atau islamik? Kalau dulu2 memang Ye la..masa tu tiada lagi loan islamik… kenapa kecilkan pemikiran? Banyak OPTION lain sekarang ini.. Wallahualam
Yang menasihati diri sendiri
Haizal

Wednesday 4 April 2012

Kakitangan awam dapat bonus hampir 50% April ini!

Alhamdulillah..walaupun SBPA telah dimansuhkan.. kerajaan tetap menunaikan janji untuk memberikan kenaikan gaji dari 7-13% mengikut gred gaji..

Di laman web JPA. Jumlah kenaikan gaji SSM minimum-maksimum boleh diperolehi disini..

Ini bermakna, jika kenaikan gaji selama 4 bulan, ia bermakna 13% x 4 =52%!!.. Kalau gaji pokok rm4000..bulan April ni akan memperolehi RM2000!..

Apa yang boleh dibuat dengan RM2000? Banyak juga tu.. agak2nya cepat tak habis? Kalau jenis orang yang beringat..mereka akan menyimpan sebahagian untuk kegunaan masa hadapan..

Alhamdulillah..untuk diri sendiri..dah ada perancangan sendiri.. Hutang2 kena lunaskan..lebihan baru la simpan sikit2 lama2 jadi bukit

Haizal
Yang mampu merancang

Tuesday 3 April 2012

Percaturan Strategi!

Tak kira apa yang kita lakukan perlukan perancangan strategi yang betul.. Perancangan yang betul boleh membuahkan hasil..

Pasangan Suami isteri pasti merancang untuk mendapatkan anak..membina keluarga bahagia...
Seorang pekerja pasti merancang untuk kenaikan pangkat..
Seorang businessman pasti merancang untuk mengembangkan business..
Seorang muslim perlu fokus dan merancang masa untuk agamanya sendiri..

Yang penting..semuanya perlu ikhlas keranaNya..
Strategi yang tepat InsyaAllah membuahkan kejayaan..tanpa membezakan pangkat, keturunan dan darjat..

Bersama Pengarah pertandingan catur terbuka UTM. Hadiah Khas-Terbaik Staf
Hari Ahad yang lalu saya ada menyertai pertandingan catur terbuka UTM.. tanpa latihan, tanpa persediaan memang tak dapat TOP TEN pun..dapat tempat ke 15 daripada 61 peserta...yang hanya dapat hadiah saguhati Terbaik Staf UTM.. jadi lah daripada takde..

Semuanya sebab tiada perancangan strategi yang rapi..tiada latihan..kalau tidak boleh jdapat top 10..entah2 jadi johan hehehe

Jadi apa pula perancangan strategi kewangan anda? Anda dah fikirkan masa depan anak2..atau diri sendiri dalam masa 10, 20 tahun akan datang?
Bersedialah kamu untuk masa hadapan yang cerah...

Haizal..
Yang merancang strategi..

Friday 30 March 2012

Kenapa saya menulis blog?

Assaalammualaikum...

Mungkin ramai tertanya2 kenapa tiba2 je Encik Haizal ni rajin tulis blog. Sebenarnya ada beberapa sebab utama. Antaranya:

1) Untuk menyebarkan pengetahuan mengenai kepentingan melabur dalam DANA ISLAMIK. Ramai orang Melayu masih lagi melabur di dalam dana2 yang bukan ISLAMIK secara sedar atau tidak sedar.

2) Untuk membantu orang ramai memulakan pelaburan ISLAMIK.

3) Untuk mempromosikan diri sebagai ejen unit trust kepada kawan2. Kalau nak pergi bank untuk memulakan pelaburan amanah saham. Bank sendiri akan carikan ejen untuk pelabur. Kalau ada ejen yang dikenali kenapa nak pilih yang ALIEN?

4) Untuk mempromosikan diri ini supaya sentiasa aktif menulis dan berkongsi ilmu mengenai pentingnya pelaburan.

5) Atas sokongan isteri tercinta.. saya akan teruskan juga kerjaya sampingan ini InsyaAllah

Sebenarnya banyak lagi sebab mengapa saya menulis blog.. tapi cukup sekadar itu..

SAYA SUDAH MELABUR UNTUK MASA HADAPAN.. BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

yang semakin suka tolong orang
Haizal

Thursday 29 March 2012

Menuntut ilmu hingga........

Alhamdulillah selesai sudah program intensif training selama 5 minggu ..iaitu FIRST workshop di Pejabat Public Mutual Johor Bahru..

Macam2 ilmu baru diperolehi untuk tingkatkan product knowledge dan skills.. Memang enjoy program ni.. rasa semangat Nak tolong tingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan melabur dan menyimpan..
rasanya nak pergi lagi program2 macamni...


Sebagai lecturer ..saya hepi mengajar dan mendidik anak2 bangsa...
Sebagai perunding amanah saham.. saya hepi membantu orang ramai mengenai kepentingan melabur

tak salah menuntut ilmu.. semakin banyak kita tahu..semakin banyak yang kita tak tahu..

Yang masih belajar dan mengajar...
Haizal

Wednesday 28 March 2012

Simpan Dulu atau Belanja Dulu?

GAJI- BELANJA = SIMPAN --> Old MeTHoD
GAJI – SIMPAN = BELANJA  
--> nEw mETHod

Kalau nak ada duit di masa hadapan, kenalah berdisiplin untuk simpan bulan2. Dapat gaji, terus simpan…bakinya baru belanja. Kalau guna teknik pertama, bila dah belanja..takde duit untuk menyimpan

Yang nak ajak menyimpan,
Haizal

Tuesday 27 March 2012

Dapat RM70 ribu!



Sebenarnya.. bukan saya dapat RM70 ribu..tetapi itulah jumlah yang telah diamanahkan kepada saya sejak menjadi konsultan unit trust untuk menjaga akaun Amanah Saham mereka.. dalam tempoh sebulan yg lalu saya telah diamanahkan untuk menjaga hampir rm40 ribu. Semuanya bermula apabila saya memberanikan diri mendedahkan identiti saya di facebook dan saya serius dalam amanah ini (boleh rujuk disini: secret Agent)


Banyak ke sikit?

Banyak ke sikit adalah subjektif kepada individu.. Bagi saya, jumlah itu agak besar sebagai permulaan dalam bidang ini dan ini menunjukkan sudah mula sahabat/saudara/kawan2/kenalan  MEMPERCAYAI saya dan pelaburan ISLAMIK yang saya cadangkan di SYARIKAT NO.1  Pxxxxx Mxxxxx.

Sebenarnya, konsep yang saya bawakan adalah mudah. Hanya MULAKAN menyimpan sama ada melalui KWSP@ Wang Tunai. Semuanya untuk masa depan ANDA.

Tak kira dimana anda berada. Anda boleh mulakan pelaburan pada bila2 masa.

Jika ada yang terfikir nak cari menceburi kerjaya ini pun boleh hubungi saya.

Terima kasih yang memberi kepercayaan kepada saya..InsyaAllah saya akan jalankan amanah ini sebaik mungkin. Kepada yang masih ragu2 dan perlukan maklumat lanjut. Jangan malu2 hubungi saya

Yang mula dipercayai,
Haizal
013-7089306
Ejal_best@yahoo.com

Monday 26 March 2012

Kuasa Menyimpan RM100!

Tahukah anda, anda akan kerugian sebanyak RM20,665 jika anda tidak memulakan pelaburan sebanyak rm100 sebulan selama 10tahun yang lalu? Jika 20 tahun yang lalu anda telah rugi sebanyak RM76,570..
Itulah yang dikatakan oleh mak ayah kita atau abang2/kakak2 kita yang telah berumur 40 dan 50an..


"Rugi betul Pakcik..KALAU la pakcik simpan tiap2 bulan sekurang2nya RM100 dalam saham amanah ni 20 tahun yang lalu..menyesal tak berguna..duit ada dalam poket sekejap je habis.."

Pada masa sekarang KALAU dah tak berguna..Kalau dah ada kesedaran baik mulakan sekarang. Itu hanya rm100 sebulan. Bagaimana pula kalau 200..300.. Wang simpanan dan pelaburan ini boleh digunakan pada masa akan datang untuk kegunaan pendidikan anak2 bahkan boleh gunakan untuk PERSARAAN mahupun beli RUMAH dan sebagainya..

Jika duit ada dalam bank tak tahu buat apa..baik simpan dan melabur…
Jika kita ajar anak2 kita menabung..
Mengapa kita tidak menabung untuk masa depan kita juga?
RM100 sebulan à 20 tahunà dianggarkan memperolehi rm76,750
Kalau rm500 à 20 tahunà dianggarkan boleh memperolehi hampir rm350,000!
Banyak kan..itu lah kuasa menyimpan..walaupun hanya rm100 sebulan

Oleh itu..Mulakan menyimpan dari sekarang!

Yang suka menyimpan dan melabur
Haizal