Showing posts with label menyimpan. Show all posts
Showing posts with label menyimpan. Show all posts

Tuesday, 15 May 2012

Elemen-elemen kekayaan


 Seminggu lebih tak menulis dalam blog..rasa-rasa gatal aje tangan ini.. kali ini saya nak menulis mengenai elemen-elemen kekayaan. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai keKAYAan.. tapi ada juga sahabat yang menyangkal bahawa kita tidak perlu mengejar kekayaan dunia.. yang penting itu akhirat..
Saya akui kenyataan sahabat berkenaan. Tetapi Allah tidak menghalang kita untuk mengejar kekayaan di dunia kan? Dengan adanya harta di dunia, lagi banyak kita boleh membawakannya ke jalan di redhaiNya..Boleh menderma, bersedekah dan lebih banyak zakat boleh diberikan..
Untuk menjadikan kita kaya dunia dan akhirat..terdapat 7 jenis kekayaan realiti:
1)     
 Kaya dalaman – Mempunyai minda yang positif, tinggi harga diri, jiwa yang tenang dan tinggi spiritual
2)     
 Kaya Kesihatan- Tiada gunanya kekayaan kalau diri tidak sihat. Kita tidak dapat menikmati kekayaan yang diperolehi.
3)     
 Kaya perhubungan- Perhubungan yang baik perlu dibentuk bersama keluarga dan orang sekeliling. Keluarga perlu diutamakan. Apabila perhubungan keluarga mantap, insyaAllah perhubungan diluar juga bertambah baik. Jangan buat perhubungan dilarang Islam sudah lah..
4)     
 Kaya Kerjaya- Berkerja atau berkerjaya adalah amat penting dalam kehidupan kini. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan keyakinan diri.
5)     
 Kaya Ekonomi- Wang dan harta bukanlah perkara utama di dunia, tapi sebagai perantara atau alat untuk ke syurga. Dengan adanya wang, dapat emmudahkan kehidupan kita di dunia. Dengan adanya wang kita boleh membantu meringakan beban kesusahan orang lain. Kita juga boleh membantu/merancang masa depan anak-anak kita

Wah!! Banyaknye ...

6)     
 Kaya Legasi- Apabila kita tiada di dunia ini, diharapkan amalan kita dapat terus disuburkan dimuka bumi ini. Apa yang kita lakukan sekarang, pahalanya akan berterusan ke anak-anak cucu, anak-anak murid dll. Jadi lakukanlah sesuatu yang akan memberikan impak kepada generasi akan datang.
7)     
 Kaya pengalaman- Perasaan ingin tahu sentiasa wujud di dalam setiap individu. Dengan adanya perasan ini, kita akan sentiasa cuba menerokai pengalaman baru. Aktiviti2 kemanusian,sukan, pelancongan merupakan aktiviti yang baru dan merupakan kekayaan yang sukar diimaginasikan.
Tanpa ketujuh2 elemen ini, manusia akan jadi kaya secara ilusi sahaja.Ingatlah, mengejar kekayaan tidak salah.. tetapi jadikanlah Allah sebagi pelindung, agar hati sentiasa tenang dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai permulaan nak jadi kaya, mulakanlah dengan menyimpan ye!

Yang nak jadi kaya dunia akhirat
Haizal

sumber: Diadaptasi dari Majalah Solusi 2011

Wednesday, 25 April 2012

Kisah Benar: Usaha berterusan dan menyimpan


Susah sangat ke nak mulakan menyimpan?
Persoalan ini saya selalu tanyakan kepada kawan2 yang rasa liat nak mulakan menyimpan. Sehari rm1 sebulan dah rm30..kalau sehari simpan rm5, sebulan dah rm150..kalau setahun? 10 Tahun?..

Saya teringat kisah ayah saya..sewaktu bujang sehingga kini. Ayah saya seorang  anak yatim. Kelahirannya tiada ayah, ibu pula berkahwin lain ..dan tinggallah dijaga oleh atuk. Disebabkan kesusahan, ayah hanya bersekolah sehingga darjah 3 dan mula bekerja sebagai buruh di kilang pembuatan getah ketika belasan tahun sehingga pencen
Ketika berkahwin dengan emak, ayah dan emak tiada sebarang harta pun, hanya menyewa disebuah rumah kecil yang tidak berbilik dan tandas berada di luar. Setiap kali hujan, pasti air sungai akan masuk ke dalam rumah.

Ayah pula, bekerja setiap hari hanya berbasikal untuk bekerja dari 8pagi hingga 5 petang sebagai seorang buruh dengan gaji yang tidak seberapa iaitu dalam puluhan ringgit sebulan di sekita 70-an.
Tetapi yang saya kagum dengan sikap ayah, dia tidak berputus asa dengan hidup. Terus berusaha dan bekerja keras. Setiap bulan, akan diberikan kepada emak untuk disimpan. Mak pula hanya menyimpan dibawah bantal (ketika itu tiada bank). Ketika ini anak dah 3 orang dan saya belum lagi lahir..
Setelah 11 tahun melalui perkahwinan, akhirnya pada tahun 1981. Hasil simpanan wang setiap bulan dan di simpan di bawah bantal (Masa ni takde bank lagi)., akhirnya ayah berjaya membeli suku ekar tanah bernilai 2000 ringgit (Sekarang harga tanah di Klang mungkin dah bernilai rm100k peningkatan 5000%). Semuanya HASIL MENYIMPAN SETIAP BULAN!.. Walau susah macammanapun, simpanan bulanan tetap dilakukan. Kebetulan pada tahun 1981 juga saya dilahirkan sebagai anak ke 4 daripada keseluruhan 5 adik beradik. Setelah berjaya memiliki tanah sendiri, maka ayah pun menggunakan kemahiran bertukang sendiri menyediakan rumah kami sendiri. Kami berpindah pada tahun itu juga.. mungkin rezeki anak yang dilahirkan (Saya lah tu:)

Alahmdulillah masa berlalu, bila dah ada ASB, ayah simpan tiap2 bulan kat ASB .. Duit itulah digunakan untuk membuat rumah, persekolahan anak2 semua dari hasil titik peluh bekerja keras untuk membesarkan kami semua. Sekarang ini, rumah yang dibina atas tapak tanah suku ekar itu mampu menempatkan kami 5 beradik sekeluarga untuk pulang berkumpul sama2…

Refleksi: Kesusahan tidak menghalang kita untuk berusaha mencipta kejayaan. Hasil usaha dan tindakan bijak memulakan menyimpan dari muda, Alhamdulillah kesannya adalah dalam jangka masa yang sangat panjang. Kalau ayah saya seorang BURUH boleh menyimpan setiap bulan. Kenapa tidak kepada sahabat2 sekalian? Kepada pelajar juga mampu untuk mengenepikan sedikit biasiswa untuk mulakan menyimpan.. Percayalah, kesannya adalah dalam jangka masa yang panjang.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Yang suka mendidik untuk menyimpan
Haizal

Thursday, 29 March 2012

Menuntut ilmu hingga........

Alhamdulillah selesai sudah program intensif training selama 5 minggu ..iaitu FIRST workshop di Pejabat Public Mutual Johor Bahru..

Macam2 ilmu baru diperolehi untuk tingkatkan product knowledge dan skills.. Memang enjoy program ni.. rasa semangat Nak tolong tingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan melabur dan menyimpan..
rasanya nak pergi lagi program2 macamni...


Sebagai lecturer ..saya hepi mengajar dan mendidik anak2 bangsa...
Sebagai perunding amanah saham.. saya hepi membantu orang ramai mengenai kepentingan melabur

tak salah menuntut ilmu.. semakin banyak kita tahu..semakin banyak yang kita tak tahu..

Yang masih belajar dan mengajar...
Haizal

Wednesday, 28 March 2012

Simpan Dulu atau Belanja Dulu?

GAJI- BELANJA = SIMPAN --> Old MeTHoD
GAJI – SIMPAN = BELANJA  
--> nEw mETHod

Kalau nak ada duit di masa hadapan, kenalah berdisiplin untuk simpan bulan2. Dapat gaji, terus simpan…bakinya baru belanja. Kalau guna teknik pertama, bila dah belanja..takde duit untuk menyimpan

Yang nak ajak menyimpan,
Haizal

Monday, 26 March 2012

Kuasa Menyimpan RM100!

Tahukah anda, anda akan kerugian sebanyak RM20,665 jika anda tidak memulakan pelaburan sebanyak rm100 sebulan selama 10tahun yang lalu? Jika 20 tahun yang lalu anda telah rugi sebanyak RM76,570..
Itulah yang dikatakan oleh mak ayah kita atau abang2/kakak2 kita yang telah berumur 40 dan 50an..


"Rugi betul Pakcik..KALAU la pakcik simpan tiap2 bulan sekurang2nya RM100 dalam saham amanah ni 20 tahun yang lalu..menyesal tak berguna..duit ada dalam poket sekejap je habis.."

Pada masa sekarang KALAU dah tak berguna..Kalau dah ada kesedaran baik mulakan sekarang. Itu hanya rm100 sebulan. Bagaimana pula kalau 200..300.. Wang simpanan dan pelaburan ini boleh digunakan pada masa akan datang untuk kegunaan pendidikan anak2 bahkan boleh gunakan untuk PERSARAAN mahupun beli RUMAH dan sebagainya..

Jika duit ada dalam bank tak tahu buat apa..baik simpan dan melabur…
Jika kita ajar anak2 kita menabung..
Mengapa kita tidak menabung untuk masa depan kita juga?
RM100 sebulan à 20 tahunà dianggarkan memperolehi rm76,750
Kalau rm500 à 20 tahunà dianggarkan boleh memperolehi hampir rm350,000!
Banyak kan..itu lah kuasa menyimpan..walaupun hanya rm100 sebulan

Oleh itu..Mulakan menyimpan dari sekarang!

Yang suka menyimpan dan melabur
Haizal