Tuesday 12 June 2012

Mana menghilang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..

Kemana saya menghilang? rasanya dah hampir sebulan tak menulis di blog. Adakah saya dah stop jadi ejen unit trust? mungkin itu persoalan dari rakan2 sekalian..

Sebenarnya tidak sekali2.. saya masih lagi menjadi perunding amanah saham. Tidak menjadi masalah untuk saya mendekatkan diri dengan klien. Tetapi, saya sangat sibuk dengan tugas utama iaitu kerja sepenuh masa saya.Buat masa ini saya lebih fokuskan kepada kerjaya utama saya.

Dalam sebulan dua ini, saya banyak menumpukan kepada KPI yang ditetapkan oleh bos. So.. jadi saya teruskan usaha walaupun dalam tekanan yang amat memuncak. Huh..bukan senang kerja government ni.Ingatkan habis PhD dah boleh relax2.. rupa2nya lagi mencabar kehidupan selepas PhD..

Rasa2nya, kalau buat secara full time jadi perunding amanah saham ni lagi kurang pressure. Tapi apa2 pun rezeki semua ditangan Allah. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Mulai saat ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis semula. Terus mencari pencerahan dan berkongsi ilmu di dunia sementara ini.

Mencari dan terus mencari
Haizal

No comments:

Post a Comment