Hari Sabtu yang lalu aku berada di KL dengan dua tujuan… pertama untuk mengahdiri bengkel perancangan kewangan keluarga Islamik dan pada masa yang sama mengajar secara part time di KL..
Kisah bengkel Islamik tu akan aku kongsikan secara berkala di blog ini.. tetapi entri kali ini adalah berkaitan semangat anak2 murid yang telah bekerja untuk menyambung pelajaran…
2 hari yang lepas..kebetulan aku member Ujian 1 untuk anak2 muridku… kesemuanya sudah bekerja dan ada yang beranak pinak.. ada yang dari pelbagai latar belakang pekerjaan..dari juruteknik, inspector dan sebagainya dan dari pelbagai syarikat mahupun university.. Mereka ini sangat tekun untuk belajar untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda untuk diri mereka… walaupun bayaran dikenakan agak mahal tapi mereka ini cekal mengharungi dugaan..cabaran untuk berjaya.. SYABAS ku ucapkan ..moga berjaya sampai graduate nanti..
Aku hanya sekadar membantu… tapi kunci kejayaan seorang student itu sendiri adalah USAHA, DOA dan TAWAKKAL kepada Allah.. tidak semuanya MUDAH dan tidak semuanya SUSAH..yang penting kena berani berusaha dengan cekal..
Walaupun aku sudah memperolehi segulung ijazah phD..tapi laluan yang aku lalui dulu tidak semudah disangka.. seawal projek PSM dulu..aku pernah hampir2 kantoi… siap extend 1 sem untuk buat psm sahaja..tapi Alhamdulillah lepas….Aku juga pernah beberapa kali menangis semasa buat phD di Perancis dulu! Nasib baik ada Puan Rokiah yang banyak membantu member dorongan dan semangat.. apa taknya, masa tu projek antenna aku hampir siap..tapi ntah silap mana… ada banyak xcratch pada metal antenna aku… nasib baiklah semuanya berjalan lancar sehingga ke hari ini…..
YANG PENTING KEPADA SAHABAT2, ADIK2 MAHUPU ABANG2 or KAKAK2 dan SEMUA yang mengenali diri ini… jangan lupa USAHA, DOA dan TAWAKKAL.. InsyaAllah usaha kita diberkati…
Yang sentiasa rajin nak menuntut ilmu
Haizal
No comments:
Post a Comment