Friday 30 March 2012

Kenapa saya menulis blog?

Assaalammualaikum...

Mungkin ramai tertanya2 kenapa tiba2 je Encik Haizal ni rajin tulis blog. Sebenarnya ada beberapa sebab utama. Antaranya:

1) Untuk menyebarkan pengetahuan mengenai kepentingan melabur dalam DANA ISLAMIK. Ramai orang Melayu masih lagi melabur di dalam dana2 yang bukan ISLAMIK secara sedar atau tidak sedar.

2) Untuk membantu orang ramai memulakan pelaburan ISLAMIK.

3) Untuk mempromosikan diri sebagai ejen unit trust kepada kawan2. Kalau nak pergi bank untuk memulakan pelaburan amanah saham. Bank sendiri akan carikan ejen untuk pelabur. Kalau ada ejen yang dikenali kenapa nak pilih yang ALIEN?

4) Untuk mempromosikan diri ini supaya sentiasa aktif menulis dan berkongsi ilmu mengenai pentingnya pelaburan.

5) Atas sokongan isteri tercinta.. saya akan teruskan juga kerjaya sampingan ini InsyaAllah

Sebenarnya banyak lagi sebab mengapa saya menulis blog.. tapi cukup sekadar itu..

SAYA SUDAH MELABUR UNTUK MASA HADAPAN.. BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA?

yang semakin suka tolong orang
Haizal

Thursday 29 March 2012

Menuntut ilmu hingga........

Alhamdulillah selesai sudah program intensif training selama 5 minggu ..iaitu FIRST workshop di Pejabat Public Mutual Johor Bahru..

Macam2 ilmu baru diperolehi untuk tingkatkan product knowledge dan skills.. Memang enjoy program ni.. rasa semangat Nak tolong tingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan melabur dan menyimpan..
rasanya nak pergi lagi program2 macamni...


Sebagai lecturer ..saya hepi mengajar dan mendidik anak2 bangsa...
Sebagai perunding amanah saham.. saya hepi membantu orang ramai mengenai kepentingan melabur

tak salah menuntut ilmu.. semakin banyak kita tahu..semakin banyak yang kita tak tahu..

Yang masih belajar dan mengajar...
Haizal

Wednesday 28 March 2012

Simpan Dulu atau Belanja Dulu?

GAJI- BELANJA = SIMPAN --> Old MeTHoD
GAJI – SIMPAN = BELANJA  
--> nEw mETHod

Kalau nak ada duit di masa hadapan, kenalah berdisiplin untuk simpan bulan2. Dapat gaji, terus simpan…bakinya baru belanja. Kalau guna teknik pertama, bila dah belanja..takde duit untuk menyimpan

Yang nak ajak menyimpan,
Haizal

Tuesday 27 March 2012

Dapat RM70 ribu!



Sebenarnya.. bukan saya dapat RM70 ribu..tetapi itulah jumlah yang telah diamanahkan kepada saya sejak menjadi konsultan unit trust untuk menjaga akaun Amanah Saham mereka.. dalam tempoh sebulan yg lalu saya telah diamanahkan untuk menjaga hampir rm40 ribu. Semuanya bermula apabila saya memberanikan diri mendedahkan identiti saya di facebook dan saya serius dalam amanah ini (boleh rujuk disini: secret Agent)


Banyak ke sikit?

Banyak ke sikit adalah subjektif kepada individu.. Bagi saya, jumlah itu agak besar sebagai permulaan dalam bidang ini dan ini menunjukkan sudah mula sahabat/saudara/kawan2/kenalan  MEMPERCAYAI saya dan pelaburan ISLAMIK yang saya cadangkan di SYARIKAT NO.1  Pxxxxx Mxxxxx.

Sebenarnya, konsep yang saya bawakan adalah mudah. Hanya MULAKAN menyimpan sama ada melalui KWSP@ Wang Tunai. Semuanya untuk masa depan ANDA.

Tak kira dimana anda berada. Anda boleh mulakan pelaburan pada bila2 masa.

Jika ada yang terfikir nak cari menceburi kerjaya ini pun boleh hubungi saya.

Terima kasih yang memberi kepercayaan kepada saya..InsyaAllah saya akan jalankan amanah ini sebaik mungkin. Kepada yang masih ragu2 dan perlukan maklumat lanjut. Jangan malu2 hubungi saya

Yang mula dipercayai,
Haizal
013-7089306
Ejal_best@yahoo.com

Monday 26 March 2012

Kuasa Menyimpan RM100!

Tahukah anda, anda akan kerugian sebanyak RM20,665 jika anda tidak memulakan pelaburan sebanyak rm100 sebulan selama 10tahun yang lalu? Jika 20 tahun yang lalu anda telah rugi sebanyak RM76,570..
Itulah yang dikatakan oleh mak ayah kita atau abang2/kakak2 kita yang telah berumur 40 dan 50an..


"Rugi betul Pakcik..KALAU la pakcik simpan tiap2 bulan sekurang2nya RM100 dalam saham amanah ni 20 tahun yang lalu..menyesal tak berguna..duit ada dalam poket sekejap je habis.."

Pada masa sekarang KALAU dah tak berguna..Kalau dah ada kesedaran baik mulakan sekarang. Itu hanya rm100 sebulan. Bagaimana pula kalau 200..300.. Wang simpanan dan pelaburan ini boleh digunakan pada masa akan datang untuk kegunaan pendidikan anak2 bahkan boleh gunakan untuk PERSARAAN mahupun beli RUMAH dan sebagainya..

Jika duit ada dalam bank tak tahu buat apa..baik simpan dan melabur…
Jika kita ajar anak2 kita menabung..
Mengapa kita tidak menabung untuk masa depan kita juga?
RM100 sebulan à 20 tahunà dianggarkan memperolehi rm76,750
Kalau rm500 à 20 tahunà dianggarkan boleh memperolehi hampir rm350,000!
Banyak kan..itu lah kuasa menyimpan..walaupun hanya rm100 sebulan

Oleh itu..Mulakan menyimpan dari sekarang!

Yang suka menyimpan dan melabur
Haizal

Friday 23 March 2012

ASB loan haram?

Disini saya nak menyentuk lebih kepada ASB loan..dan bukan ASB... kalau tanya je kat pakcik google.. memang banyak yang akan katakan ASB loan itu haram.. apa taknya..kalau pinjam bank konvensional secara langsung melibatkan riba..secara terus..ianya HARAM.. kalau nak kepastian lebih, banyak bahan pembacaan boleh diperolehi dari website  http://www.zaharuddin.net/

Suatu masa dahulu semasa zaman kebodohan.. Memang saya buat juga ASB loan ni, ikut-ikut orang. Ramai sangat orang melayu buat loan  dan ramai sangat2 tak tahu hukum2nya.. Alhamdulillah, setelah diberi petunjuk.. saya keluar dari sistem riba ini.. sekarangni ambil balik semua duit pelaburan..dividen dia masih ada..

Kalau bayaran bulanan rm800..agak2nya berapa dividen dia ye selama 4 tahun?
huh.. banyak jugalah tu...tapi tak guna menyesal..sebab duit dividen tu bukan duit kita..

Tapi Nak letak kemana duit dividen tu? 
Setelah bertanya kepada seorang Ustaz.. boleh diberikan untuk kegunaan UMUM. Tak kira lah untuk orang ISlam atau Tidak... InsyaAllah.. masjid tempatnya..tapi duit tu bukan hak kita..itu hanya dikira BERI SAHAJA..bukan SEDEKAH dan bukan SUMBANGAN..

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar..
Kesimpulannya, banyak lagi instrumen kewangan Islam yang lain.. Kena bijak memilih untuk kepentingan masa depan DUNIA dan AKHIRAT
Haizal

Thursday 22 March 2012

Cukai Oh cukai

Hari ini tergerak hati nak isi boring LHDN.. sebab pikir2 kalau isi dekat dekat 30 April 2012 takut server dia jam pulak.. Jadinya teruslah dapatkan pin semula..dan terus isi..
Isi punya isi… kira punya kira… aduh. Paparan pun keluar .. Jeng jeng

BAKI CUKAI KENA DIBAYAR = x x x…

Haha..tak pernah seumur hidup kena cukai pendapatan ni.. Inilah 1st time kena..Almaklumlah baru naik pangkat. Sebagai  rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan kebetulan hari ni gaji..maka teruslah bayar secara online..

Antara yang menarik perhatian saya adalah di bahagian tuntutan pelepasan berikut:
 Kan bagus kalau dimasukkan dana2 islamik saham saham amanah yang lain2… Kalau KWSP boleh dibenarkan untuk pengeluaran masuk ke Saham Amanah..kenapa tak boleh masukkan ke pelepasan cukai? 

Mungkin saham amanah kat luar ni bagi tinggi agaknya?..tu yang tak masuk..

Anyway kepada kawan2 yang tak isi lagi boring BE..cepat2 la isi..jangan tunggu sampai 30 April 2012..nanti nyesal

Pesan dari rakyat Malaysia yang bertanggungjawab J
Haizal

Wednesday 21 March 2012

Dapat Juga Daftar!

Alhamdulillah..

Call pejabat Al Naqiy.. katanya pendaftaran Bengkel Perancang Kewangan Keluarga ini dah penuh. Tapi kalau Encik bayar dulu, nama Encik Boleh terus dimasukkan sebagai peserta.. apa lagi teruslah bayar dan  dah dapat pengesahan.

InsyaAllah saya akan ke KL untuk mengikuti bengkel ini. Apa yang baik akan dikongsikan di sini.

Untung Dunia vs. Untung Akhirat

Saya percaya kalau diajukan persoalan ini, pasti ramai yang mahukan kedua2nya…  tapi tak semuanya apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan tanpa ilmu dan sikap terbuka menerima teguran..

Kita merancang kewangan untuk masa hadapan seperti kegunaan apabila bersara, pelajaran anak2, wang kecemasan dan sebagainya dengan cara SIMPANAN dan PELABURAN. Sebenarnya, tanpa kita sedari.. banyak pelaburan2 yang TIDAK HALAL telah kita sertai dan hasilnya telah menjadi darah daging yang boleh mempengaruhi keturunan kita.

Saya sendiri pernah terjebak dengan pelbagai pelaburan tidak halal disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan. Alhamdulillah, setelah membuat sedikit penyelidikan.. ada sinar hidayah untuk membuang perkara2 haram ini.  Saya suka menggunakan perumpamaan berikut

 “ Apabila seorang tukang masak memasak sekawah rending ayam halal.. tetapi dimasukkan seketul daging ba**, maka keseluruhan masakannya akan menjadi HARAM” 

Tips2 pelaburan ISLAMIK:
                          Saham amanah 
-          Mulakan simpanan dan semak senarai saham amanah yang PATUH SYARIAH di sini: http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid=616&newsid=&linkid=&type=
-          Di sini tiada disenaraikan amanah saham terkenal yang digunakan oleh orang melayu
-          Kalau ada loan yang menawarkan simpanan kedalam amanah saham tu pulak sah2 HARAM.. sebab kita bayar tiap2 bulan..tambahan guna bank konvensio
Emas
-          Emas dan Perak Fizikal tiada masalah untuk berjual beli
-          Yang menjadi masalah.. apabila ada orang Islam yang membuka akaun SIMPANAN EMAS..hukumnya adalah HARAM, sebab kita beli emas tapi tak dapat emas..hanya dapat buku akaun
 Lain2
-          Skim2 cepat kaya dan skim2 yang member pendapatan tetap yang meragukan semuanya adalah HARAM. Kalau meragukan boleh semak di sc.com.my

Saya percaya ramai yang dah pernah kena tipu mengenai pelaburan dan ada yang tak sedar pelaburan disertai HALAL atau TIDAK.. jadinya kenalah BIJAK  bertindak mengenai pengurusan kewangan anda..
Yang berkongsi,
Haizal

Tuesday 20 March 2012

Secret Agent …

Setelah hampir 4 bulan mendapatkan LESEN sebagai konsultan unit trust, Hari ini secara rasmi saya isyitiharkan yang saya bukan lagi ejen rahsia unit trust@saham amanah.. tetapi sebagai ejen rasmi UNIT TRUST.


Selepas mendapat lesen,  saya banyak mendalami ilmu pelaburan dan kepentingannya..pada masa itu saya hanya berkongsi dengan sahabat dan keluarga terdekat sahaja. Setelah memahami serba sedikit selok belok pelaburan ISLAMIK dan kepentingan PERANCANGAN KEWANGAN.. sudah sampai masanya saya keluar dari kepompong sendiri untuk berhijrah mendidik masyarakat mengenai PELABURAN.. dan saya isyitharkan saya bukan lagi SECRET AGENT!

Bagi yang tak mengenali diri saya, saya adalah seorang pensyarah di IPTA terkenal di Malaysia dan memang sudah berada di zon kewangan selesa. .. YA… tapi saya tidak malu mengatakan yang saya adalah Konsultan Unit Trust di Syarikat No. 1 di Malaysia…Tujuan saya adalah untuk membantu Masyarakat MELAYU terutamanya mengenai kepentingan pengurusan kewangan..ini juga merupakan tugas seorang PENDIDIK..

Anda ada ASB? Nakkan pelaburan ISLAMIK yang menjamin kesejahteraan di DUNIA dan AKHIRAT?
Anda ada KWSP? Tahukan anda kerajaan membenarkan pengeluaran AKAUN 1 KWSP untuk dipindahkan ke saham amanah untuk menambah pendapatan?

Boleh hubungi saya Yang TAK MALU mempromosikan diri,
----------------
Haizal

Monday 19 March 2012

Susah ke jadi Unit Trust Consultant?

Persoalan ini sentiasa bermain2 di pikiran seorang konsultan shama amanah... mana tak nya..bukan senang nak mempengaruhi minda orang lain untuk memulakan pelaburan.. mendidik tentang pentingnya pelaburan?


Kemudian orang bertanya ..susah tak buat PhD? ..saya katakan memang susah sangat2... ada rasa happy dan ada rasa sedih..sampai nak menangis pun ada... tapi Alhamdulillah..berkat kesungguhan dan FOKUS.. Saya dah berjaya memperolehi sekeping sijil bergelar PhD Holder dari Perancis!... bukan nak menunjuk2..tapi itu pencapaian saya kat dunia ini...

Sekarang ni saya nak mencabar diri saya... kumpul ilmu dan share dengan kawan2.. kepentingan untuk mengurus kewangan.. InsyaAllah.. PhD boleh buat... jadi Consultant Unit-Trust juga boleh... saya akan terus menuntut ilmu dan share dengan kawan2 semua...

Saya pegang kata2 ini..agar tidak malu dan terus berusaha....dan berusaha..

" Tugas pensyarah bukan sekadar mendidik di kelas... bahkan boleh mendidik masyarakat di luar juga..
Pentingnya mengurus kewangan sekarang..agar tak menyesal di masa hadapan"...

Yang Akan Berjaya,
Haizal