Tuesday 10 January 2012

Anak sebagai pelaburan ?

Anak sebagai pelaburan ?

Minggu lepas agak sibuk dengan aktiviti baru. Iaitu menghantar dan mengambil anak kat sekolah..Sekolah mana? Hehe..anak baru nak masuk 4 tahun, tapi dah start hantar kat sekolah PASTI, Pulai Indah.

Mungkin ada yang setuju untuk menghantar anak seawal 4 tahun, tapi ramai juga yang tak setuju termasuklah ibu dan ayah saya. Pada mereka, anak masih kecil biarlah sampai 6 tahun baru dia boleh belajar betul2.  Lain orang lain pendapat, bagi aku, bagi la Aishah peluang untuk bermain sambil belajar. Pada masa yang sama dapat juga berkawan.. 


Awal2 ni rasa best pulak menghantar dan mengambil Aishah ni.. dengar celoteh dia yang cute “Abah..abah..nanti abah hantar aichah, abah pi kerja ..lepastu abah ambil aichah ye?”. Dengan muka cute menyusun kata2.. itu la kata2 anakku sebelum masuk ke dalam sekolah setiap hari. Takut aku tak ambil dia… hehe. Harap2, pelaburan menghantar anak2 ke sekolah ini mendapat pelaburan yang baik..hasilnya moga Aishah menjadi anak yang taat dan patuh kepada suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya..

Moga suatu hari nanti, kalau abah dah takde.. Aishah menjadi anak yang solehah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, terputus amalan seorang muslim itu kecuali 3 perkara:
1. Sedekah yang mengalir ( jariah ),
2. Ilmu yang bermanafa'at, dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Moga pelaburan ini mebuahkan hasil dunia dan akhirat.. amin

Friday 6 January 2012

Pelaburan Dunia Akhirat

Dalam mengejar pelaburan dunia ini...melalui pelaburan di Unit-Trust. Jangan lupa melabur kat SKIM PELABURAN di bawah juga ye...


Skim Pelaburan Solat Jemaah!

Labur masa anda untuk bersolat secara berjemaah!
Keuntungan tahunan =
1 solat x 27 gandaan pahala x 5 waktu x 365 hari setahun =
49,275 gandaan pahala!*

*Belum termasuk dividen solat-solat sunat
**Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada kekhusyukan anda

Dapatkan segera di masjid-masjid dan surau-surau berhampiran anda.

Pensyarah vs. Pelajar

Kali ini mengenai pelajar.. bukannya pelajar sekolah menengah, tapi pelajar universiti. Minggu ni, baru je habis menanda kertas peperiksaan akhir untuk subjek yang di ajar.. huh, mencabar juga soalan final kali ini, ku sangkakan senang, tapi merengkek juga pelajar2 aku nak menjawabnya…

Walaupun dah diberikan banyak tips, tapi masih ramai tak mampu menjawabnya.. salah aku kah? atau student tu? Walaubagaimanapun, aku telah berikan yang terbaik, moga pelajar2 ku ini menjadi yang terbaik bukan hanya setakat sekarang, tapi pada masa akan datang juga.

Sebenarnya aku suka kat semua student yang betul2 minat nak belajar. Kalau betul2 minat, insyaAllah keputusan peperiksaan akan dapat yang terbaik. Tak perlu nak datang merayu2 untuk tambah markah dan sebagainya..

Anyway…Moga pelaburan dan pengorbanan mak ayah mereka dapat dihargai dan dibalas dengan ikhlas.