Pernahkah anda melabur? apa erti pelaburan yang sebenar?
Ketika mempromosikan unit trust ini, saya sendiri telah bertemu pelbagai ragam orang. Ada yang bila bercerita tentang PM.. terus setuju masuk terus untuk melabur. Ada juga yang berkata " tunggu dulu, saya tak bersedia lagi untuk melabur".. dan macam2 lagi..
Tahu atau tidak...sebenarnya hidup kita ini satu PELABURAN. Bermula dari kecil lagi Mak ayah kita dah meletakkan pelaburan dari segi pakaian, pendidikan dan sebagainya.. Pendidikan adalah asas pelaburan untuk masa hadapan.. tak kira lah apa jenis pendidikan yang kita lalui..
Tetapi ketahuilah.. pelaburan yang kita lakukan bukannya HAK KITA? contohnya.. kita ada duit dan kita simpan kat bank.. walau ada 1 juta pun itu bukannya hak kita?
Saya mengikuti ceramah berkaitan IMAN dan TAKWA baru2 ini.. rupa2nya, baru tersedar (sebenarnya dah tahu).. duit yang kita SEDEKAHKAN, ZAKATKAN..itu lah PELABURAN sebenar.. hidup kita hanya sementara..tapi apa yang kita ada.. bolehlah dilakukan untuk agama selain menjamin masa depan di akhirat sana..
Tidak menjadi masalah untuk memulakan pelaburan di dunia.. bahkan digalakkan..lagi banyak simpan lagi bagus... sebab semakin banyak jugalah boleh kita zakatkan...dan banyak juga boleh disedekahkan..
rancanglah masa depan dunia dan akhirat anda
Yang hanya mampu merancang.. yang lain serahkan padaNya
Haizal
You Need to Trust - Pelaburan Islamik membawa keuntungan ke syurga..InsyaAllah
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Friday, 15 June 2012
Saturday, 21 April 2012
Usrah
Usrah bermaksud keluarga.. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud
kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai
Famili.
Dari segi istilahnya pula, usrah bermaksud kumpulan atau
individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong-
menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam
berdasarkan kepada perintah Allah
Masa saya di sekolah mahupun IPTA, rasa berat sangat nak join
aktiviti2 macamni. Alhamdulillah,kini, walaupun dalam kesibukan kerja seharian..Allah masih
membuka sedikit masa buat saya untuk bersama2 bertadarus, berkongsi ilmu,
berfikir ke jalan Allah s.w.t. Kesibukan sebagai pensyarah dan perunding unit
trust tak menghalang semua itu…
| Yes I Am.. I m Happy since ALLAH always with us |
Ketika berada
dalam “bulatan gembira” saya rasa senang, tenang dan rasa happy bila sahabat2
bercerita mengenai kehidupan seharian dan kisah2 sahabat. Baru2 ini, saya sangat gembira dapat share
apa yang saya pelajari di bengkel perancangan keluarga Islam . Mengenai
kepentingan pelaburan yang HALAL dan menjauhkan diri dari RIBA. Bahaya riba
sangat dahsyat sehinggakan Allah member hukuman berikut:
a) Pemakan
dan pemberi riba perangi ALllah SWT dan RAsulullah SAW- Kalau kita
menentang Allah Neraka lah tempatnya dan syafaat takkan diterima
b) Kehilangan
berkat Harta dan Kehidupan - Tiada keberkatan dengan harta
walau harta banyak sentiasa tak mencukupi. Kadang2 harta sedikit lebih
diberkati
c) Seperti
Berzina dengan Ibu Bapa sendiri- MasyaAllah adakah kita membenarkan riba?
d) Lebih
berat dari 36 kali Zina- dekat dengan zina je dah besar dosanya.. apatah 36
kali ganda
e) Salah
satu daripada Tujuh Dosa Terbesar- Dosa yang amat besar…
Yang suka berkongsi.. lets share
Haizal
013-7089306
Tuesday, 27 March 2012
Dapat RM70 ribu!
Sebenarnya.. bukan saya dapat RM70 ribu..tetapi itulah jumlah yang telah diamanahkan kepada saya sejak menjadi konsultan unit trust untuk menjaga akaun Amanah Saham mereka.. dalam tempoh sebulan yg lalu saya telah diamanahkan untuk menjaga hampir rm40 ribu. Semuanya bermula apabila saya memberanikan diri mendedahkan identiti saya di facebook dan saya serius dalam amanah ini (boleh rujuk disini: secret Agent)
Banyak ke sikit?
Banyak ke sikit adalah subjektif kepada individu.. Bagi saya, jumlah itu agak besar sebagai permulaan dalam bidang ini dan ini menunjukkan sudah mula sahabat/saudara/kawan2/kenalan MEMPERCAYAI saya dan pelaburan ISLAMIK yang saya cadangkan di SYARIKAT NO.1 Pxxxxx Mxxxxx.
Sebenarnya, konsep yang saya bawakan adalah mudah. Hanya MULAKAN menyimpan sama ada melalui KWSP@ Wang Tunai. Semuanya untuk masa depan ANDA.
Tak kira dimana anda berada. Anda boleh mulakan pelaburan pada bila2 masa.
Jika ada yang terfikir nak cari menceburi kerjaya ini pun boleh hubungi saya.
Terima kasih yang memberi kepercayaan kepada saya..InsyaAllah saya akan jalankan amanah ini sebaik mungkin. Kepada yang masih ragu2 dan perlukan maklumat lanjut. Jangan malu2 hubungi saya
Yang mula dipercayai,
Haizal
013-7089306
Ejal_best@yahoo.com
Monday, 26 March 2012
Kuasa Menyimpan RM100!
Tahukah anda, anda akan kerugian sebanyak RM20,665 jika anda tidak memulakan pelaburan sebanyak rm100 sebulan selama 10tahun yang lalu? Jika 20 tahun yang lalu anda telah rugi sebanyak RM76,570..
Itulah yang dikatakan oleh mak ayah kita atau abang2/kakak2 kita yang telah berumur 40 dan 50an..
"Rugi betul Pakcik..KALAU la pakcik simpan tiap2 bulan sekurang2nya RM100 dalam saham amanah ni 20 tahun yang lalu..menyesal tak berguna..duit ada dalam poket sekejap je habis.."
Pada masa sekarang KALAU dah tak berguna..Kalau dah ada kesedaran baik mulakan sekarang. Itu hanya rm100 sebulan. Bagaimana pula kalau 200..300.. Wang simpanan dan pelaburan ini boleh digunakan pada masa akan datang untuk kegunaan pendidikan anak2 bahkan boleh gunakan untuk PERSARAAN mahupun beli RUMAH dan sebagainya..
Jika duit ada dalam bank tak tahu buat apa..baik simpan dan melabur…
Jika kita ajar anak2 kita menabung..
Mengapa kita tidak menabung untuk masa depan kita juga?
RM100 sebulan à 20 tahunà dianggarkan memperolehi rm76,750
Kalau rm500 à 20 tahunà dianggarkan boleh memperolehi hampir rm350,000!
Banyak kan..itu lah kuasa menyimpan..walaupun hanya rm100 sebulan
Oleh itu..Mulakan menyimpan dari sekarang!
Yang suka menyimpan dan melabur
Haizal
Friday, 6 January 2012
Pelaburan Dunia Akhirat
Dalam mengejar pelaburan dunia ini...melalui pelaburan di Unit-Trust. Jangan lupa melabur kat SKIM PELABURAN di bawah juga ye...
Skim Pelaburan Solat Jemaah!
Labur masa anda untuk bersolat secara berjemaah!
Keuntungan tahunan =
1 solat x 27 gandaan pahala x 5 waktu x 365 hari setahun =
49,275 gandaan pahala!*
*Belum termasuk dividen solat-solat sunat
**Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada kekhusyukan anda
Dapatkan segera di masjid-masjid dan surau-surau berhampiran anda.
Keuntungan tahunan =
1 solat x 27 gandaan pahala x 5 waktu x 365 hari setahun =
49,275 gandaan pahala!*
*Belum termasuk dividen solat-solat sunat
**Kadar keuntungan adalah tertakluk kepada kekhusyukan anda
Dapatkan segera di masjid-masjid dan surau-surau berhampiran anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
