Wednesday 26 October 2011

Cara Melabur melalui KWSP

Pelaburan Melalui KWSP
Sumber : http://www.kwsp.gov.my

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihi RM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I melaburkan sendiri sebahagian daripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon
- Anda mestilah belum mencapai umur 55 tahun pada masa permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP;
- Warganegara Malaysia; atau
- Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula; atau
- Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat) yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998; atau
- Bukan warganegara Malaysia yang telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia (PR).

Jumlah Yang Boleh Dilaburkan
Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 peratus dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun I.

Kekerapan Pengeluaran
Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan dari tarikh pemindahan akhir dibuat, tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun I.


Bagaimana Untuk Membuat Pengeluaran?

Dapatkan 'Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan' daripada mana-mana pejabat KWSP. Untuk mendapatkannya, anda perlu menunjukkan Kad Pengenalan anda di kaunter. Permintaan melalui telefon atau e-mel tidak akan dilayan.

Permintaan anda hanya akan dilayan jika anda layak untuk membuat pengeluaran pelaburan pada masa tersebut. Anda kemudiannya perlu membuka satu akaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih (melainkan anda sudah ada akaun dengan pengurus dana tersebut).

Dokumen yang diperlukan untuk serahan kepada pengurus dana adalah:
- Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi;
- Penyata Caruman Yang Boleh Dilaburkan; dan
- Kad Pengenalan ahli/Kad Pintar atau Kad Pengenalan Polis
*Untuk pemegang Kad Pengenalan Polis, sila kemukakan satu surat daripada Jabatan Polis untuk mengesahkan nombor Kad Pengenalan anda.
*Untuk pemegang Kad Pintar, sila kemukakan satu salinan Kad Pintar dengan cap ibu jari kanan dan kiri anda di atas salinan tersebut.

Ruang 'amaun yang dipohon' patut diisi selepas ahli berbincang dengan pengurus dana tentang jumlah yang mahu laburkan dengan syarat amaun tidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan. Pengurus dana akan mengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.

Adalah penting untuk anda mengisi borang yang betul dengan tepat dan memastikan bahawa semua dokumen sokongan mengikut turutan. Ini bagi mengelakkan kelewatan yang tidak perlu dalam memproses permohonan anda.

Sila ambil perhatian bahawa cap ibu jari diperlukan pada borang permohonan dan salinan MyKad. Anda mestilah menggunakan “thumbprint pad” yang khusus untuk cap ibu jari. Penggunaan bahan-bahan jenis lain seperti inkpad untuk getah setem (rubberstamp) tidak akan diterima oleh KWSP.

Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007). Ini termasuklah inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun. Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Syarat-syarat Yang Ditetapkan
- Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
- Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
- Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
- Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.


Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1



Contoh kiraan Kelayakan EPF

Kelebihan Unit Trust Saham Amanah Islamik

Saudara/i tahu apa itu Unit Trust?
Saudara/i pernah dengar Public Mutual?
Ini adalah info yang diperolehi dan oleh sebab itu saya sanggup menyertai sebagai agen dan pelabur..

Kelebihan Unit Trust Syariah:

• Halal- Pelaburan berlandaskan Syariah.
• Professional - ditadbir urus oleh pengurus dana yang berpengalaman.
• Pulangan menarik – sehingga 70% setahun (purata 15-20%)
• Modal rendah - initial investment RM1,000 sahaja.
• Selamat – dikawalselia oleh Amanah Raya dan Suruhanjaya Sekuriti.
• Kecairan – urusan jual beli mudah.
• Pengeluaran duit EPF dibenarkan – pulangan EPF hanya 5.8%.
• Pelan kewangan anda – education fund, retirement fund.

Satu Permulaan

Hari ini 18/10/2011.Aku memulakan satu langkah baru dalam kehidupan. Iaitu mendaftar sebagai Unit Trust Consultant (UTC) di Public Mutual. Untuk mendaftar aku perlukan perkara2 berikut:
i) RM250- Yuran Pendaftaran
ii) 6 keping gambar passport
iii) Salinan +sijil asal -degree, master dsb
iv) Salinan buku Public Bank
v) RM10 untuk kelas
vi) RM3 surat sumpah

Aku ingin berjaya macam orang lain juga..kata orang nak mencari financial freedom..tapi tak tahula...aku hanya mampu berusaha.. Melalui pengalaman dari orang2 yang berjaya, 3 pelaburan yang sangat menguntungkan adalah:
a) Pelaburan EMAS
b) Pelaburan Hartanah
c) Pelaburan Saham Amanah (Unit-trust)

Emas telah ku pelopori sebagai ejen Public-Gold.. Hartanah? ..ada la sikit tanah ku beli dekat kampung.. .Unit-Trust? ye.. hari ni satu permulaan..nak masuk dulu sebagai ejen yang sah.. Walaupun kena attend kelas dan ambil exam..akan ku tempohi dengan tabah.. Nak jumpa klien? InsyaAllah kita belajar