Wednesday, 25 April 2012

Kisah Benar: Usaha berterusan dan menyimpan


Susah sangat ke nak mulakan menyimpan?
Persoalan ini saya selalu tanyakan kepada kawan2 yang rasa liat nak mulakan menyimpan. Sehari rm1 sebulan dah rm30..kalau sehari simpan rm5, sebulan dah rm150..kalau setahun? 10 Tahun?..

Saya teringat kisah ayah saya..sewaktu bujang sehingga kini. Ayah saya seorang  anak yatim. Kelahirannya tiada ayah, ibu pula berkahwin lain ..dan tinggallah dijaga oleh atuk. Disebabkan kesusahan, ayah hanya bersekolah sehingga darjah 3 dan mula bekerja sebagai buruh di kilang pembuatan getah ketika belasan tahun sehingga pencen
Ketika berkahwin dengan emak, ayah dan emak tiada sebarang harta pun, hanya menyewa disebuah rumah kecil yang tidak berbilik dan tandas berada di luar. Setiap kali hujan, pasti air sungai akan masuk ke dalam rumah.

Ayah pula, bekerja setiap hari hanya berbasikal untuk bekerja dari 8pagi hingga 5 petang sebagai seorang buruh dengan gaji yang tidak seberapa iaitu dalam puluhan ringgit sebulan di sekita 70-an.
Tetapi yang saya kagum dengan sikap ayah, dia tidak berputus asa dengan hidup. Terus berusaha dan bekerja keras. Setiap bulan, akan diberikan kepada emak untuk disimpan. Mak pula hanya menyimpan dibawah bantal (ketika itu tiada bank). Ketika ini anak dah 3 orang dan saya belum lagi lahir..
Setelah 11 tahun melalui perkahwinan, akhirnya pada tahun 1981. Hasil simpanan wang setiap bulan dan di simpan di bawah bantal (Masa ni takde bank lagi)., akhirnya ayah berjaya membeli suku ekar tanah bernilai 2000 ringgit (Sekarang harga tanah di Klang mungkin dah bernilai rm100k peningkatan 5000%). Semuanya HASIL MENYIMPAN SETIAP BULAN!.. Walau susah macammanapun, simpanan bulanan tetap dilakukan. Kebetulan pada tahun 1981 juga saya dilahirkan sebagai anak ke 4 daripada keseluruhan 5 adik beradik. Setelah berjaya memiliki tanah sendiri, maka ayah pun menggunakan kemahiran bertukang sendiri menyediakan rumah kami sendiri. Kami berpindah pada tahun itu juga.. mungkin rezeki anak yang dilahirkan (Saya lah tu:)

Alahmdulillah masa berlalu, bila dah ada ASB, ayah simpan tiap2 bulan kat ASB .. Duit itulah digunakan untuk membuat rumah, persekolahan anak2 semua dari hasil titik peluh bekerja keras untuk membesarkan kami semua. Sekarang ini, rumah yang dibina atas tapak tanah suku ekar itu mampu menempatkan kami 5 beradik sekeluarga untuk pulang berkumpul sama2…

Refleksi: Kesusahan tidak menghalang kita untuk berusaha mencipta kejayaan. Hasil usaha dan tindakan bijak memulakan menyimpan dari muda, Alhamdulillah kesannya adalah dalam jangka masa yang sangat panjang. Kalau ayah saya seorang BURUH boleh menyimpan setiap bulan. Kenapa tidak kepada sahabat2 sekalian? Kepada pelajar juga mampu untuk mengenepikan sedikit biasiswa untuk mulakan menyimpan.. Percayalah, kesannya adalah dalam jangka masa yang panjang.

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Yang suka mendidik untuk menyimpan
Haizal

No comments:

Post a Comment