Tuesday 15 May 2012

Elemen-elemen kekayaan


 Seminggu lebih tak menulis dalam blog..rasa-rasa gatal aje tangan ini.. kali ini saya nak menulis mengenai elemen-elemen kekayaan. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai keKAYAan.. tapi ada juga sahabat yang menyangkal bahawa kita tidak perlu mengejar kekayaan dunia.. yang penting itu akhirat..
Saya akui kenyataan sahabat berkenaan. Tetapi Allah tidak menghalang kita untuk mengejar kekayaan di dunia kan? Dengan adanya harta di dunia, lagi banyak kita boleh membawakannya ke jalan di redhaiNya..Boleh menderma, bersedekah dan lebih banyak zakat boleh diberikan..
Untuk menjadikan kita kaya dunia dan akhirat..terdapat 7 jenis kekayaan realiti:
1)     
 Kaya dalaman – Mempunyai minda yang positif, tinggi harga diri, jiwa yang tenang dan tinggi spiritual
2)     
 Kaya Kesihatan- Tiada gunanya kekayaan kalau diri tidak sihat. Kita tidak dapat menikmati kekayaan yang diperolehi.
3)     
 Kaya perhubungan- Perhubungan yang baik perlu dibentuk bersama keluarga dan orang sekeliling. Keluarga perlu diutamakan. Apabila perhubungan keluarga mantap, insyaAllah perhubungan diluar juga bertambah baik. Jangan buat perhubungan dilarang Islam sudah lah..
4)     
 Kaya Kerjaya- Berkerja atau berkerjaya adalah amat penting dalam kehidupan kini. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan keyakinan diri.
5)     
 Kaya Ekonomi- Wang dan harta bukanlah perkara utama di dunia, tapi sebagai perantara atau alat untuk ke syurga. Dengan adanya wang, dapat emmudahkan kehidupan kita di dunia. Dengan adanya wang kita boleh membantu meringakan beban kesusahan orang lain. Kita juga boleh membantu/merancang masa depan anak-anak kita

Wah!! Banyaknye ...

6)     
 Kaya Legasi- Apabila kita tiada di dunia ini, diharapkan amalan kita dapat terus disuburkan dimuka bumi ini. Apa yang kita lakukan sekarang, pahalanya akan berterusan ke anak-anak cucu, anak-anak murid dll. Jadi lakukanlah sesuatu yang akan memberikan impak kepada generasi akan datang.
7)     
 Kaya pengalaman- Perasaan ingin tahu sentiasa wujud di dalam setiap individu. Dengan adanya perasan ini, kita akan sentiasa cuba menerokai pengalaman baru. Aktiviti2 kemanusian,sukan, pelancongan merupakan aktiviti yang baru dan merupakan kekayaan yang sukar diimaginasikan.
Tanpa ketujuh2 elemen ini, manusia akan jadi kaya secara ilusi sahaja.Ingatlah, mengejar kekayaan tidak salah.. tetapi jadikanlah Allah sebagi pelindung, agar hati sentiasa tenang dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai permulaan nak jadi kaya, mulakanlah dengan menyimpan ye!

Yang nak jadi kaya dunia akhirat
Haizal

sumber: Diadaptasi dari Majalah Solusi 2011

Sunday 6 May 2012

Panas

Semalam adalah OFF day.. sempatlah nak bawa isteri dan anak2 pergi shopping dan jalan2.Lepas lunch sempat pergi tapak pesta konvokesyen. Saje je jalan2 tengok2 apa yang boleh dibeli..

Nak jadikan cerita..dalam pukul 12 sampai kat sana.. dan masuklah satu gerai permainan... huh..dalam banyak2 khemah jualan..yang ini yang aku masuk... berpeluh satu badan ..panas.. aku tengo muka anak2 aku merah dah... aku siap komen kat auntie..macammana auntie boleh meniaga panas2 ni? makcik tu jawab ..nak cari rezeki halal...Alhamdulillah. Gerai auntie ni berada ditengah2 antara gerai yang lain..jadi angin tak masuk.. so terpaksa meniaga jugalah nak cari reseki yang halal..



Sedang aku dok komplen sebab panas... berpeluh satu badan.. wife aku pun menyampuk "hai..komplen macam orang perempuan..orang yang paki tudung ni senyap je.. dia yang banyak komplen" hehe..aku tersenyum dek di perli oleh isteriku.. aku faham maksudnya..

Di akui..sejak ada anak 2 orang ni...aku dah banyak membebel..banyak bercakap..terutamanya sejak jadi ejen unit trust ni..kalau tak bercakap takdelah extra income kan?.. buat sambilan pun ok..janji ikhlas nak tolong orang untuk melabur dalam dana islamik..

cerita pasal panas.. panas tambahan datang dari anakku yang merengek2 nak kan mainan kat rumah...tak pasal2 datang sekejap je tapak konvo ni... kesimpulannnya..jangan datang tapak konvo waktu tengahari..terutamanya bawa anak2!.. kalau tidak panas satu badan...

Kalau nak cool.. beli la air kat situ hehe..

Yang takut panas api neraka.. nak pro;otew product halal je
Haizal




Thursday 3 May 2012

Tangan Gatal..

Assalammualaikum...

Dah 6 hari tak pos apa2 kat blog ni..rasanya gatal2 aje tangan ini..gatal tangan sebab tak dapat tulis blog..gatal tangan sebab tak dapat bercerita tentang amanah saham PM.. Sebenarnya banyak sangat benda berkaitan kepentingan simpanan dan pelaburan nak tulis.Tapi terbantut dengan kerja2 hakiki..
Jurnal baru siap correction..lepas ni ada banyak lagi kerja yang menunggu untuk disiapkan..

Tak apalah..sibuk maknanya takdelah goyang kaki.. hoepefully tangan gatalku dapat pegang berjuta2 kepingan syiling macam dalam gambar kat bawah ni. Moga sebahagian dapat di infakkan ke jalan Allah dan sebahagian untuk diri sendiri dan keluarga hanya untukNya juga...



Moga apa yang kita usahakan sentiasa diberkati dan diterimaNya sebagai Ibadah..

Yang gatal tangan..
Haizal