Monday 23 April 2012

Ilmu dan harta


Semalam baru balik dari KL.. Semasa perjalanan balik tu buka radio IKIM. Terdengarlah ustaz bercerita mengenai ilmu dan harta. Ada 4 golongan manusia yang memiliki atau tidak memiliki ilmu/harta. 4 Golongan itu adalah:
Ilmu atau Harta mana lebih penting?

Golongan 1: Mempunyai harta dan mempunyai ilmu
Golongan ini adalah golongan yang sangat beruntung. Dengan ilmu dia boleh mencari kekayaan. Dengan ilmu dia boleh membezakan yang mana HALAL dan yang mana HARAM. Dengan ilmu juga, dia dapat bersedekah, membayar zakat kepada umat Islam yang memerlukan. Tanggungjawab kepada agama juga tidak dilupakan.

Golongan 2: Mempunyai ilmu tapi tidak berharta.
Golongan ini adalah golongan yang mempunyai ilmu. Dengan ilmu dia mampu berusaha untuk mengejar kejayaan.Dengan ilmu harta dunia dan akhirat boleh diperolehi

Golongan 3: Mempunyai harta tapi tidak mempunyai ilmu
Golongan ini berada dalam keadaan bahaya. Tanpa ilmu, dia tidak dapat menempatkan harta pencarian di tempat yang sepatutnya. Boleh jadi lalai kerana harta dunia. Kalau dia bijak, dia boleh melabur untuk mendapatkan ilmu.

Golongan 4: Tidak mempunyai ilmu dan tidak mempunyai harta.
Amatlah malang golongan ini. Apa2pun dari golongan ini boleh upgrade ke golongan lain jika berusaha.

Refleksi keatas diri sendiri:
Jika dikenang kembali mengenai harta dan ilmu terhadap diri sendiri, saya teringat permulaan hidup sebagai pelajar.  Masa tu boleh dikatakan berada di golongan 4 iaitu tiada harta dan tiada ilmu. Tapi, saya tak putus2 asa untuk terus belajar. Masa tengah belajar dah upgrade ke golongan 2. Bila dah berjaya, saya dah dapat pekerjaan. Masa tu dah ada ilmu dan harta..upgrade ke golongan 1. Tapi, bila saya dah start melabur/menyimpan kat tempat2 yang haram/melibatkan riba.. saya di downgrade ke golongan 3.Masa ini baru sedar, yang ilmu yang dipelajari sebelum ni adalah ilmu engineering, bukannya ilmu kewangan islamik. Selepastu la saya buat research dan mengikuti pelbagai kelas berkaitan pelaburan Islamik. InsyaAllah sekarang dan kembali berada di golongan 1 dan masih berterusan mengukuhkan/mempelajari ilmu kewangan.

ANDA BERADA DI GOLONGAN YANG MANA?

p/s: Kalau tak tahu kenalah bertanya.. macam anak murid dengan gurunya. Kalau takut nak melabur..kenalah bertanya kepada yang tahu..

Yang sentiasa nak berada di golongan 1 supaya dapat bantu orang Islam faham pelaburan HALAL dan HARAM

Haizal
013-7089306

No comments:

Post a Comment