Friday 27 July 2012

Untung ke Melabur di Unit-Trust Lagi?

Assalammualaikum...

Pertanyaan ini saya kemukakan sekali lagi beserta bukti gambar di bawah..Alhamdulillah klien kat bawah ini dah start untung sehingga 8.3% tak sampai 8 bulan. Itu pun dia melabur menggunakan Tunai setiap bulan. Kalau melabur menggunakan KWSP, tentu dah menghampiri 11%

Walaubagaimanapun, melabur kat Unit-trust atau saham amanah ini ada naik turunnya. Yang penting kena ada objektif penyimpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang. Itu menjadi tugas saya untuk membantu anda untuk mulakan pelaburan.

Bukti dah ada? nak bukti lagi hebat ke? Mengikut rekod keuntungan purata melebihi 15% untuk sesuatu dana dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Menarik bukan? Jauh melebihi simpanan di KWSP mahupun di ASB.
Kalaulah ramai yang tahu, ramai orang melayu pakat2 pindah ASB ke KWSP.

Yang penting HALAL.. Jom melabur! Menggunakan Wang Tunai mahupun Simpanan Akaun 1 KWSP anda. Mulakan sekarang

Yang suka membantu pelabur
Haizal
0137089306

Tuesday 24 July 2012

Temuduga dan Wang RM500

Kali ini saya ingin bercerita mengenai temuduga yang saya hadiri. Kira-kira 2 minggu yang lalu, saya ada menghadiri temuduga di syarikat Telekomunikasi terbesar di Malaysia... Kenapa saya pergi sana? Sebenarnya, saya mencari tempat untuk melakukan latihan industri selama setahun..

Apa yang ditawarkan?
Setelah di soal siasat..Saya diberitahu tugas2 seoarang 'trainee' antaranya... kerja 'on-call', travel satu Malaysia... tiada tempat tinggal disediakan.. dan paling hampeh..hanya ditawarkan saguhati RM500..

Huh..hanya RM500 nak hidup kat KL dengan family? dalam hati..ingat nak perah aku habis2.. dan bayar gaji rm500 je? sabar je la.. kalau di offer macam tu baik tak payah.. baik aku cari tempat lain.

Wang lama RM500 yang di offer?:)


 Kebetulan, lepas keluar dari temuduga di KL tu. Dapat panggilan dari klien amanah saham ku di Klang. Alhamdulillah, ada yang nak buat pelaburan tambahan dan ada juga yang memperkenalkan dengan klien baru. Hehe..pada hari yang sama, dapat komisen hampir RM500 dalam satu hari. Rezeki2.. kalau hari2 macamni kan best..

Anyway, bukan komisen yang aku kejarkan.Tapi perkongsian ilmu untuk pelaburan. Saya bantu anda pun dah dapat pahala. Alhamdulillah, ada pelabur yang dah capai keuntungan lebih 10% tak sampai 9bulan..
Jangan ditunggu2.. Simpan dan melaburlah..

Tips tambahan: Kalau ada rezeki lebih, bulan2 Ramadhan ni dinasihatkan banyak2 bersedekah dan memberi makan kat anak yatim.Moga amalan kita diberkati. Kalau ada duit2 lebih nak simpan juga kat Unit-Trust digalakkan juga:). Kalau guna KWSP lagi senang masuk unit-trust...

Yang berkhidmat
Haizal
013-7089306



Saturday 21 July 2012

Selamat MenyambutRamadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

Pelanggan dan Pembaca sekalian..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak..
Mohon Ampun dan Maaf Sekiranya Terdapat kesalahan dari saya sekeluarga..

Dikesempatan ini juga saya ada promosi Hebat Ramadhan iaitu:

Promosi Terhebat Ramadan: Modal 1, Dapat 70

Setiap Amalan baik kita akan digandakan sebanyak 70 kali di bulan yang mulia ini.Contohnya:


Kalau solat sorang2 dapat PAHALA=1x
Kalau berjemaah =27x

Kalau bulan puasa.. pahalanya =70x
Maka-->
Kalau solat sorang2 dapat PAHALA=1x70=70x
Kalau berjemaah =27x70 =1890x


Mari kita tingkatkan amalan kita.
Ikhlas
Haizal 
0137089306