Showing posts with label Haram. Show all posts
Showing posts with label Haram. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Jutawan Dunia vs. Jutawan Akhirat


Alhamdulillah..
berakhir sudah bengkel perancangan keluarga Islam di Masjid Wilayah KL hari ini.. Bengkel ini yang saya war warkan sebelum ini di sini Walaupun berlangsung setengah hari..namun kesannya terlalu mendalam pada diri ini..rasa tidak cukup ilmu yang diperolehi.. setinggi mana yang aku belajar selama ini…sebenarnya banyak yang aku tidak ketahui…InsyaAllah intipatinya akan aku kongsikan di blog ini..


Haram..
Banyak sangat perkara yang berkaitan dengan pelaburan/simpanan/perbankan/insurans adalah haram.. MasyaAllah walau sesetengah kita tahu.. tapi tiada tindakannya.. antara yang dibincangkan adalah :
1)      Kad kredit – Walau kita bayar tepat pada masanya, kedai tetap membayar beberapa percent kepada bank
2)      ASB, ASN dan seumpamanya – Suruhanjaya sekuriti Malaysia dah isyitiharkan TIDAK PATUH SYARIAH..atau bahasa direct HARAM
3)      Dividen KWSP- 70% sumber dividen adalah dari sumber yang meragukan
4)      Insurans Konvensional- Menyokong system konvensional
5)      Bank Konvensional- Menyokong bank konvensional berkait dengan Riba
6)      Pinjaman bank konvensional (loan rumah, peribadi dan sebagainya) – jelas berkait dengan riba
7)      Buku Pelaburan emas- Haram, beli emas tak dapat emas

Hampir semua diatas kita miliki kan?  Bukan mudah untuk kita lepaskan satu persatu..tapi sekarangni dah banyak option di dalam perbankan islam/ unit trust mahupun takaful yang berasaskan ISLAM mahupun PATUH SYARIAH.. Untuk diriku ketika mendengar ceramah Dr. Zaharuddin, bergetar tangan mahupun hati ini…tapi aku bertekad akan cuba buang satu persatu..
Persoalannya : Kita Mahukan Syurga atau Neraka?

Hukum..
Hukuman RIBA adalah seperti berikut:
a)      Pemakan dan pemberi riba perangi ALllah SWT dan RAsulullah SAW- Kalau kita menentang Allah Neraka lah tempatnya dan syafaat takkan diterima
b)      Kehilangan berkat Harta dan Kehidupan -  Tiada keberkatan dengan harta walau harta banyak sentiasa tak mencukupi
c)       Seperti Berzina dengan Ibu Bapa sendiri- MasyaAllah adakah kita membenarkan riba?
d)      Lebih berat dari 36 kali Zina- bergetar hati ini…
e)      Salah satu daripada Tujuh Dosa Terbesar- Dosa yang amat besar…

Kisah sahabat…

                Suatu hari seorang anak yatim bertujuan ingin membuat pagar disekeliling rumahnya bagi memisahkan sempadan kawasan rumahnya.Tetapi ada sebatang pokok Tamar kepunyaan jirannya menghalang niatnya untuk membuat pagar. Maka si anak yatim ini berjumpa dengan jirannya untuk meminta kebenaran untuk memotong pokok tersebut.. tetapi tidak dibenarkan.. Kemudian si anak yatim itu meminta untuk membelinya..tetapi si jiran tetap tidak membenarkan. Maka si anak yatim mengadu perkara tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W

                Nabi Muhammad S.A.W segera memanggil si jiran tersebut bertanyakan perkara tersebut.. dan jawapan yang sama diberikan oleh si jiran tersebut. Maka Nabi S.A.W meng’offer’ jika kau berikan sebatang pokok kurma dan aku janjikan sebatang pokok kurma di syurga kelak..adakah kau akan menerima.. Namun, alangkah terkejutnya apabila si jiran tetap menolak permintaan tersebut..

Kemudian Nabi SAW bersabda

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245)

Suatu ketika Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepada para sahabat. Tiba-tiba Abu Dahdah r.a. berdiri. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, benarkah Allah meminta pinjaman kepada kita?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.” Abu Dahdah kembali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Dia akan mengembalikannya kepadaku dengan pengembalian yang berlipat-lipat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.”

“Wahai Rasulullah, ulurkanlah kedua tangan Anda,” pinta Abu Dahdah r.a. tiba-tiba. Rasulullah saw. balik bertanya, “Untuk apa?” Lalu Abu Dahdah menjelaskan, “Aku memiliki kebun, dan tidak ada seorang pn yang memiliki kebun yang menyamai kebunku. Kebun itu akan aku pinjamkan kepada Allah.” “Engkau pasti akan mendapatkan tujuh ratus lipat kebun yang serupa, wahai Abu Dahdah,” kata Rasulullah saw.

Si jiran kemudiannya bersetuju menerima cadangan Abu Dahdah..maka gembiralah si jiran kerana sepohon pokok kurma berjaya ditukarkan dengan sebuah kebun yang segar… walaupun tanpa disedari..ianya hanya harta dunia….tetapi Abu Dahdah terlalu gembira sambil mengucapkan takbir, “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Lantas ia segera pergi ke kebunnya. Ia mendapati istri dan anaknya sedang berada di dalam kebun itu. Saat itu anaknya sedang memegang sebutir kurma yang sedang dimakannya.

“Wahai Ummu Dahdah, wahai Ummu Dahdah! Keluarlah dari kebun itu. Cepat. Karena kita telah meminjamkan kebun itu kepada Allah!” teriak Abu Dahdah.. Beliau tidak menyatakan pemberian itu kepada si Jiran tetapi semuanya kepada Allah.

Istrinya faham betul maksud perkataan suaminya. Maklum, ia seorang muslimah yang dididik langsung oleh Rasulullah saw. Segera ia beranjak dari posisinya. Ia keluarkan kurma yang ada di dalam mulut anaknya. “Muntahkan, muntahkan. Karena kebun ini sudah menjadi milik Allah swt. Ladang ini sudah menjadi milik Allah swt.,” ujarnya kepada sang anak.

Subhanallah! Begitulah kisah di zaman Nabi SAW lagi telah wujudnya orang yang tamakkan harta dunia walaupun telah dijanjikan sepohon Tamar di syurga.. dia tetap menolaknya..Sebaliknya Sahabat bernama Abu Dahdah sanggup berkorban apa sahaja untuk harta Akhirat.. Oleh itu, jangan takut untuk meninggalkan perkara yang haram yang masih ditangan kita.. semuanya Hanya untukMU..


Yang Menasihati diri sendiri..

Thursday, 5 April 2012

Haram vs Halal

Aurat..
Kalau dulu-dulu ramai lelaki pakai seluar pendek (seluar katok)..sekarangni dah pakai seluar panjang..
Kalau dulu2 wanita keluar rumah tak pakai tudung..sekarang dah pakai tudung…
Kalau dulu2 wanita pakai skirt..sekarang dah pakai pakain menutup aurat

Makanan..
Kalau dulu2.. asal Takde BXXX je semua boleh makan..Sekarang dah ada JAKIM sahkan kesahihan keHALALan
Kalau dulu pergi semua kedai makanan.. Nampak je ada orang Melayu..kira boleh makan..sekarang kena berhati2..tak semua kedai tu  adalah halal

Ekonomi..
Kalau dulu ..yang ada hanya bank konvensional… sekarang dah ada bank islamik..
Kalau dulu hanya ada insurans konvensional.. sekarang dah banyak dah takaful..
Kalau dulu tiada pilihan nak buat pinjaman peribadi konvensional..sekarang dah banyak dah yang menawarkan pinjaman peribadi secara ISLAMIK..
Kalau dulu banyak meragukan mengenai Saham Amanah..sekarang dah banyak dah SAHAM AMANAH ISLAMIK..

Tapi.. yang aku tak faham.. kenapa masih ada golongan Senior, masih mempertahankan pinjaman/loan yang kita buat perlu berdasarkan NIAT tanpa mengira pinjaman konvensional atau islamik? Kalau dulu2 memang Ye la..masa tu tiada lagi loan islamik… kenapa kecilkan pemikiran? Banyak OPTION lain sekarang ini.. Wallahualam
Yang menasihati diri sendiri
Haizal

Friday, 23 March 2012

ASB loan haram?

Disini saya nak menyentuk lebih kepada ASB loan..dan bukan ASB... kalau tanya je kat pakcik google.. memang banyak yang akan katakan ASB loan itu haram.. apa taknya..kalau pinjam bank konvensional secara langsung melibatkan riba..secara terus..ianya HARAM.. kalau nak kepastian lebih, banyak bahan pembacaan boleh diperolehi dari website  http://www.zaharuddin.net/

Suatu masa dahulu semasa zaman kebodohan.. Memang saya buat juga ASB loan ni, ikut-ikut orang. Ramai sangat orang melayu buat loan  dan ramai sangat2 tak tahu hukum2nya.. Alhamdulillah, setelah diberi petunjuk.. saya keluar dari sistem riba ini.. sekarangni ambil balik semua duit pelaburan..dividen dia masih ada..

Kalau bayaran bulanan rm800..agak2nya berapa dividen dia ye selama 4 tahun?
huh.. banyak jugalah tu...tapi tak guna menyesal..sebab duit dividen tu bukan duit kita..

Tapi Nak letak kemana duit dividen tu? 
Setelah bertanya kepada seorang Ustaz.. boleh diberikan untuk kegunaan UMUM. Tak kira lah untuk orang ISlam atau Tidak... InsyaAllah.. masjid tempatnya..tapi duit tu bukan hak kita..itu hanya dikira BERI SAHAJA..bukan SEDEKAH dan bukan SUMBANGAN..

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar..
Kesimpulannya, banyak lagi instrumen kewangan Islam yang lain.. Kena bijak memilih untuk kepentingan masa depan DUNIA dan AKHIRAT
Haizal