Tuesday 1 November 2011

Fakta menarik mengenai KWSP dan Unit Trust

Seperti yang ramai tahu akaun 1 tak boleh dikeluarkan untuk apa2 tujuan sehingga usia 55 tahun.. Tapi ramai yang masih tidak tahu yang KWSP membenarkan akaun 1 dikeluarkan hanya untuk pelaburan ke unit trust. Tapi bukan semua yang ada dalam akaun 1 tu ya..ada cara kira dia…dan bukan semua orang layak memohon.

KWSP telah membenarkan sebahagian wang di akaun 1 dikeluarkan ke unit trust sejak 1996 lagi. Tapi pada masa tu masih dalam peringkat percubaan, mereka hanya membenarkan orang yg mempunyai lebih dari rm55 ribu dalam akaun 1 sahaja yg layak memohon. Ini bermakna pada ketika itu kebanyakan orang yang telah berusia lanjut (40++)sahaja yang layak. Tapi pada tahun 2008, KWSP telah membenarkan remaja seawal usia 18 tahun sudah boleh melabur menggunakan Akaun 1, tertakluk kepada jumlah basic savings Akaun 1 mereka. Mengapa ya?? Ini kerana semakin awal melabur semakin berganda wang anda untuk hari tua . The powerful of compound interest! Atau dalam bahasa melayunya faedah kompaun. Kalau mula melabur di usia 45-50 an..dimana telah hampir usia persaraan, kehebatan faedah kompaun tidak dapat dirasai semaksimumnya. Memandangkan ramai yang berpuas hati dengan hasil pelaburan ke unit trust, maka KWSP turut membuka peluang kepada orang muda2 untuk melabur. Kalau tak bagus..kenapa mereka terus benarkan pencarum mengeluarkan sebahagian dari akaun 1 ke unit trust?

Di website kwsp sendiri, anda boleh baca sendiri tujuan mereka membenarkan pengeluaran tersebut:

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan

Ketika kegawatan ekonomi pada 2008, memang nilai pelaburan berkurang kerana pasaran jatuh semasa gawat. Pelabur yang panik menghentikan pelaburan unit trust dan memasukkan semula ke KWSP mmg mengalami kerugian pada ketika itu. Tetapi pelabur yang sudah faham konsep unit trust ini sebaliknya mengambil peluang untuk mengumpul lagi unit2 dgn menambah lagi pelaburan kerana harga unit pada itu sangat rendah.

Oleh sebab itu lah unit trust hanya digalakkan untuk pelaburan jangka masa sederhana ke panjang. Jadi pelaburan ini hanya mendatangkan keuntungan hanya untuk orang yang sabar, tidak terburu-buru dan faham konsep unit trust.

Artikel di bawah juga sgt baik jika anda ingin faham konsep unit trust dgn lebih mendalam:

http://www.sharenet.co.za/free/library/ut_01.htm

Jadi mengapa sebenarnya anda digalakkan untuk melabur sebahagian dari akaun 1 ke unit trust? Ini adalah beberapa persoalan yang perlu anda fikir2kan..

Soalan:

1- Mengapa akaun 1 tidak dibenarkan untuk dikeluarkan perkara penting yang lain? Contohnya berkahwin,beli kereta, rumah dsbgnya?

2- Mengapa akaun 1 tidak dibenarkan dikeluarkan untuk pelaburan lain spt hartanah, saham, emas dan lain2?

3- Di manakah rakyat Malaysia membuat simpanan untuk hari tua selain mengharapkan simpanan KWSP? Real estate? Fixed deposit? ASB? Tabung Haji? Saham? Bond? Unit Trust?

4- Berapakah jumlah simpanan kwsp anda apabila usian anda mencecah 55 tahun? Adakah mencukupi untuk menyara kehidupan hari tua anda?

Jawapan:

1) Ini kerana adalah kerana kerajaan tahu betapa pentingnya membuat “simpanan khas” bagi simpanan hari tua untuk rakyatnya. Jika tidak duit gaji anda akan dihabiskan sekelip mata sahaja. Akhirnya tiada duit lebih untuk disimpan untuk hari tua.

2) Ini adalah kerana kwsp tahu unit trust adalah pelaburan yang paling selamat berbanding pelaburan yang lain. Lebih2 lagi untuk jangka masa panjang seperti untuk simpanan hari tua, mereka tahu unit trust adalah tempat pelaburan yang paling sesuai dan mampu memberi pulangan yang lebih baik.

3) Rata2 rakyat Malaysia hanya mengharapkan simpanan KWSP untuk simpanan hari tua. Mungkin ada yang menyimpan di ASB atau Tabung Haji tapi untuk short term. Bila nak renovate rumah atau bercuti, habis lah duit simpanan tu..kalau ada yang buat simpanan pun biasanya untuk anak2 bukan untuk diri sendiri.

4)Agak2 berapa jumlah simpanan hari tua anda nnt? Mengikut kajian majoriti rakyat msia simpanan KWSP tak sampai RM100 ribu. Kalau ada RM500 ribu sekali pun, agak2 cukup tak untuk menyara kehidupan hari tua anda? Sekiranya anda mempunyai RM500ribu dalam kwsp ketika bersara nanti, nampak mcm banyak. Tapi mari fikirkan…jangka hayat orang Msia dalam 75 tahun. Sekiranya anda bersara pada usia 55 tahun ,bermakna ada lagi 20 tahun untuk hidup. RM500 ribu/240 bulan= Dalam RM 2000 sebulan..Kalau zaman skrg mungkin ok lagi..tapi lepas 20 tahun nnt..nasi lemak sebungkus zaman kita kecik2 dulu 30 sen. Sekarang RM 1 di Perlis ni..di KL saya tak pasti. Lagi 20 tahun harga sebungkus nasi lemak boleh mencecah RM6-7 sebungkus.. Teh tarik RM4-5 secawan..ini adalah kerana inflasi. Inflasi setahun secara purata meningkat sebanyak 5%..

Jadi fikir2kan lah ya…pilihlah instrumen pelaburan jangka masa panjang yang boleh memberi pulangan yang lebih baik pada anda. Menabunglah dari sekarang…sikit2 lama2 jadi gunung! Bersusah2 sekarang dan bersenang2 lah di kemudian hari..insyaALlah..