Tuesday 19 June 2012

Betul ke Melabur kat Unit-Trust tak untung?

Ramai yang tertanya-tanya dan masih ramai yang ragu2 untuk mulakan pelaburan. Tak kiralah sama ada menggunakan TUNAI di tangan atau pun menggunakan wang KWSP. Ramai yang takutkan kerugian..

TANPA disedari..setiap masa yang diambil.. sebenarnya merugikan diri sendiri.. Ini kerana pelaburan unit-trust ini jelas menguntungkan untuk jangka masa yang panjang. Pengurus yang di pilih merupakan pakar saham.. kita hanya melabur dan seterusnya membiarkan wakil pengurus untuk menguruskan pelaburan kita

BUKTI keuntungan sebenar di paparkan di imej dibawah menggunakan software syarikat.. Saya sendiri telah memulakan simpanan.. tak lah banyak sangat..bahkan saya memulakan pelaburan setiap bulan.. Hasilnya kita lihat di bawah..saya mulakan pelaburan dari Nov 2011 sehinga ke hari ini Jun 2012.. Keuntungan yang diperolehi adalah 5.22%.. Bagus ke TAK? Kalau dibandingkan dengan KWSP sendiri.. secara purata, jumlah ini lebih tinggi.. tapi kalau di bandingkan dengan ASB pula dalam tempoh 8 bulan.. prestasi dana ini juga adalah TINGGI..


Jadi apa tunggu lagi? testimoni ini adalah dari saya sendiri untuk tempoh masa 8 bulan.. Akan datang mungkin juga boleh masukkan bukti sebenar dari klien yang lain..

Jika nak tahu lebih lanjut..jangan lupa hubungi saya ye..

Yang seronok bantu orang untuk menyimpan
Haizal

Friday 15 June 2012

Pelaburan sebenar

Pernahkah anda melabur? apa erti pelaburan yang sebenar?

Ketika mempromosikan unit trust ini, saya sendiri telah bertemu pelbagai ragam orang. Ada yang bila bercerita tentang PM.. terus setuju masuk terus untuk melabur. Ada juga yang berkata " tunggu dulu, saya tak bersedia lagi untuk melabur".. dan macam2 lagi..

Tahu atau tidak...sebenarnya hidup kita ini satu PELABURAN. Bermula dari kecil lagi Mak ayah kita dah meletakkan pelaburan dari segi pakaian, pendidikan dan sebagainya.. Pendidikan adalah asas pelaburan untuk masa hadapan.. tak kira lah apa jenis pendidikan yang kita lalui..

Tetapi ketahuilah.. pelaburan yang kita lakukan bukannya HAK KITA? contohnya.. kita ada duit dan kita simpan kat bank.. walau ada 1 juta pun itu bukannya hak kita?

Saya mengikuti ceramah berkaitan IMAN dan TAKWA baru2 ini.. rupa2nya, baru tersedar (sebenarnya dah tahu).. duit yang kita SEDEKAHKAN, ZAKATKAN..itu lah PELABURAN sebenar.. hidup kita hanya sementara..tapi apa yang kita ada.. bolehlah dilakukan untuk agama selain menjamin masa depan di akhirat sana..

Tidak menjadi masalah untuk memulakan pelaburan di dunia.. bahkan digalakkan..lagi banyak simpan lagi bagus... sebab semakin banyak jugalah boleh kita zakatkan...dan banyak juga boleh disedekahkan..
rancanglah masa depan dunia dan akhirat anda

Yang hanya mampu merancang.. yang lain serahkan padaNya
Haizal


Tuesday 12 June 2012

Mana menghilang?

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..

Kemana saya menghilang? rasanya dah hampir sebulan tak menulis di blog. Adakah saya dah stop jadi ejen unit trust? mungkin itu persoalan dari rakan2 sekalian..

Sebenarnya tidak sekali2.. saya masih lagi menjadi perunding amanah saham. Tidak menjadi masalah untuk saya mendekatkan diri dengan klien. Tetapi, saya sangat sibuk dengan tugas utama iaitu kerja sepenuh masa saya.Buat masa ini saya lebih fokuskan kepada kerjaya utama saya.

Dalam sebulan dua ini, saya banyak menumpukan kepada KPI yang ditetapkan oleh bos. So.. jadi saya teruskan usaha walaupun dalam tekanan yang amat memuncak. Huh..bukan senang kerja government ni.Ingatkan habis PhD dah boleh relax2.. rupa2nya lagi mencabar kehidupan selepas PhD..

Rasa2nya, kalau buat secara full time jadi perunding amanah saham ni lagi kurang pressure. Tapi apa2 pun rezeki semua ditangan Allah. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Mulai saat ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis semula. Terus mencari pencerahan dan berkongsi ilmu di dunia sementara ini.

Mencari dan terus mencari
Haizal