Friday 15 June 2012

Pelaburan sebenar

Pernahkah anda melabur? apa erti pelaburan yang sebenar?

Ketika mempromosikan unit trust ini, saya sendiri telah bertemu pelbagai ragam orang. Ada yang bila bercerita tentang PM.. terus setuju masuk terus untuk melabur. Ada juga yang berkata " tunggu dulu, saya tak bersedia lagi untuk melabur".. dan macam2 lagi..

Tahu atau tidak...sebenarnya hidup kita ini satu PELABURAN. Bermula dari kecil lagi Mak ayah kita dah meletakkan pelaburan dari segi pakaian, pendidikan dan sebagainya.. Pendidikan adalah asas pelaburan untuk masa hadapan.. tak kira lah apa jenis pendidikan yang kita lalui..

Tetapi ketahuilah.. pelaburan yang kita lakukan bukannya HAK KITA? contohnya.. kita ada duit dan kita simpan kat bank.. walau ada 1 juta pun itu bukannya hak kita?

Saya mengikuti ceramah berkaitan IMAN dan TAKWA baru2 ini.. rupa2nya, baru tersedar (sebenarnya dah tahu).. duit yang kita SEDEKAHKAN, ZAKATKAN..itu lah PELABURAN sebenar.. hidup kita hanya sementara..tapi apa yang kita ada.. bolehlah dilakukan untuk agama selain menjamin masa depan di akhirat sana..

Tidak menjadi masalah untuk memulakan pelaburan di dunia.. bahkan digalakkan..lagi banyak simpan lagi bagus... sebab semakin banyak jugalah boleh kita zakatkan...dan banyak juga boleh disedekahkan..
rancanglah masa depan dunia dan akhirat anda

Yang hanya mampu merancang.. yang lain serahkan padaNya
Haizal


No comments:

Post a Comment