Saturday, 7 April 2012

Jutawan Dunia vs. Jutawan Akhirat


Alhamdulillah..
berakhir sudah bengkel perancangan keluarga Islam di Masjid Wilayah KL hari ini.. Bengkel ini yang saya war warkan sebelum ini di sini Walaupun berlangsung setengah hari..namun kesannya terlalu mendalam pada diri ini..rasa tidak cukup ilmu yang diperolehi.. setinggi mana yang aku belajar selama ini…sebenarnya banyak yang aku tidak ketahui…InsyaAllah intipatinya akan aku kongsikan di blog ini..


Haram..
Banyak sangat perkara yang berkaitan dengan pelaburan/simpanan/perbankan/insurans adalah haram.. MasyaAllah walau sesetengah kita tahu.. tapi tiada tindakannya.. antara yang dibincangkan adalah :
1)      Kad kredit – Walau kita bayar tepat pada masanya, kedai tetap membayar beberapa percent kepada bank
2)      ASB, ASN dan seumpamanya – Suruhanjaya sekuriti Malaysia dah isyitiharkan TIDAK PATUH SYARIAH..atau bahasa direct HARAM
3)      Dividen KWSP- 70% sumber dividen adalah dari sumber yang meragukan
4)      Insurans Konvensional- Menyokong system konvensional
5)      Bank Konvensional- Menyokong bank konvensional berkait dengan Riba
6)      Pinjaman bank konvensional (loan rumah, peribadi dan sebagainya) – jelas berkait dengan riba
7)      Buku Pelaburan emas- Haram, beli emas tak dapat emas

Hampir semua diatas kita miliki kan?  Bukan mudah untuk kita lepaskan satu persatu..tapi sekarangni dah banyak option di dalam perbankan islam/ unit trust mahupun takaful yang berasaskan ISLAM mahupun PATUH SYARIAH.. Untuk diriku ketika mendengar ceramah Dr. Zaharuddin, bergetar tangan mahupun hati ini…tapi aku bertekad akan cuba buang satu persatu..
Persoalannya : Kita Mahukan Syurga atau Neraka?

Hukum..
Hukuman RIBA adalah seperti berikut:
a)      Pemakan dan pemberi riba perangi ALllah SWT dan RAsulullah SAW- Kalau kita menentang Allah Neraka lah tempatnya dan syafaat takkan diterima
b)      Kehilangan berkat Harta dan Kehidupan -  Tiada keberkatan dengan harta walau harta banyak sentiasa tak mencukupi
c)       Seperti Berzina dengan Ibu Bapa sendiri- MasyaAllah adakah kita membenarkan riba?
d)      Lebih berat dari 36 kali Zina- bergetar hati ini…
e)      Salah satu daripada Tujuh Dosa Terbesar- Dosa yang amat besar…

Kisah sahabat…

                Suatu hari seorang anak yatim bertujuan ingin membuat pagar disekeliling rumahnya bagi memisahkan sempadan kawasan rumahnya.Tetapi ada sebatang pokok Tamar kepunyaan jirannya menghalang niatnya untuk membuat pagar. Maka si anak yatim ini berjumpa dengan jirannya untuk meminta kebenaran untuk memotong pokok tersebut.. tetapi tidak dibenarkan.. Kemudian si anak yatim itu meminta untuk membelinya..tetapi si jiran tetap tidak membenarkan. Maka si anak yatim mengadu perkara tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W

                Nabi Muhammad S.A.W segera memanggil si jiran tersebut bertanyakan perkara tersebut.. dan jawapan yang sama diberikan oleh si jiran tersebut. Maka Nabi S.A.W meng’offer’ jika kau berikan sebatang pokok kurma dan aku janjikan sebatang pokok kurma di syurga kelak..adakah kau akan menerima.. Namun, alangkah terkejutnya apabila si jiran tetap menolak permintaan tersebut..

Kemudian Nabi SAW bersabda

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ


“Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan meperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.” (QS Al Baqarah: 245)

Suatu ketika Rasulullah saw. membacakan ayat itu kepada para sahabat. Tiba-tiba Abu Dahdah r.a. berdiri. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, benarkah Allah meminta pinjaman kepada kita?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.” Abu Dahdah kembali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Dia akan mengembalikannya kepadaku dengan pengembalian yang berlipat-lipat?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya, benar.”

“Wahai Rasulullah, ulurkanlah kedua tangan Anda,” pinta Abu Dahdah r.a. tiba-tiba. Rasulullah saw. balik bertanya, “Untuk apa?” Lalu Abu Dahdah menjelaskan, “Aku memiliki kebun, dan tidak ada seorang pn yang memiliki kebun yang menyamai kebunku. Kebun itu akan aku pinjamkan kepada Allah.” “Engkau pasti akan mendapatkan tujuh ratus lipat kebun yang serupa, wahai Abu Dahdah,” kata Rasulullah saw.

Si jiran kemudiannya bersetuju menerima cadangan Abu Dahdah..maka gembiralah si jiran kerana sepohon pokok kurma berjaya ditukarkan dengan sebuah kebun yang segar… walaupun tanpa disedari..ianya hanya harta dunia….tetapi Abu Dahdah terlalu gembira sambil mengucapkan takbir, “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” Lantas ia segera pergi ke kebunnya. Ia mendapati istri dan anaknya sedang berada di dalam kebun itu. Saat itu anaknya sedang memegang sebutir kurma yang sedang dimakannya.

“Wahai Ummu Dahdah, wahai Ummu Dahdah! Keluarlah dari kebun itu. Cepat. Karena kita telah meminjamkan kebun itu kepada Allah!” teriak Abu Dahdah.. Beliau tidak menyatakan pemberian itu kepada si Jiran tetapi semuanya kepada Allah.

Istrinya faham betul maksud perkataan suaminya. Maklum, ia seorang muslimah yang dididik langsung oleh Rasulullah saw. Segera ia beranjak dari posisinya. Ia keluarkan kurma yang ada di dalam mulut anaknya. “Muntahkan, muntahkan. Karena kebun ini sudah menjadi milik Allah swt. Ladang ini sudah menjadi milik Allah swt.,” ujarnya kepada sang anak.

Subhanallah! Begitulah kisah di zaman Nabi SAW lagi telah wujudnya orang yang tamakkan harta dunia walaupun telah dijanjikan sepohon Tamar di syurga.. dia tetap menolaknya..Sebaliknya Sahabat bernama Abu Dahdah sanggup berkorban apa sahaja untuk harta Akhirat.. Oleh itu, jangan takut untuk meninggalkan perkara yang haram yang masih ditangan kita.. semuanya Hanya untukMU..


Yang Menasihati diri sendiri..

4 comments:

  1. TQ for sharing Haizal. Sangat terkesan di hati saya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..sekadar menyampaikan amanah Allah

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat kisah ni. Sebelum ni tak pernah dengar pun tentang Abu Dahdah.Semoga kita sama-sama mendapat teladan dari kisah ini.Dan seterusnya menjauhi riba.

    ReplyDelete
  4. Yup..semoga menjadi iktibar

    ReplyDelete