Monday 16 April 2012

Pelaburan Emas vs. Unit trust

Melalui pengalaman, penyelidikan dan pembacaan sebagai pelabur dan ejen untuk kedua2 jenis pelaburan diatas, saya rumuskan untuk perbandingan pelabur2 sekalian.. Maklumat diberikan sebahagian besar adalah berdasarkan fakta, tetapi ada sebahagian kecil adalah pendapat peribadi.

 1) Definisi:


a) Pelaburan Emas
 - Pelaburan emas adalah apabila anda membeli emas untu pelaburan. Emas ini digunaan sebagai penyimpan nilai kekayaan dan ia digunakan untuk simpanan jangka masa panjang.
 - Terdapat 2 jenis:
a)Membeli Emas Fizikal
b)Menggunakan akaun simpanan emas (Public bank, UOB dan Maybank)
- Emas Perhiasan( Rantai, gelang, cincin emas dsb.) bukan pelaburan emas. Tetapi syiling emas,jongkong emas, wafer dsb adaah contoh2 emas untuk peaburan.
AWAS: Simpanan menggunakan buku pelaburan adaah haram disisi Isam kerana bank tidak ada jumlah simpanan emas yang sebenar.Seolah2 kita beli emas tak dapat emas.

  b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Skim unit amanah atau unit trust scheme merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.
- Secara bahsa mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana syarikat seperti Pubic Mutual. Syarikat ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Syarikat ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission SC)

  2) Syarikat2 Pelaburan

a) Pelaburan Emas
 - Ada banyak bank2 atau syarikat yang ditubuhkan untuk pelaburan emas antaranya Maybank, UOB, Public Bank, Public Goldijang emas dan banyak lagi.
- Ada bank bank yang menawarkan Emas Fizikal dan Ada yang menawarkan buku pelaburan emas
AWAS:
1) Banyak syarikat yang menipu mengaut keuntungan pelaburan emas. Berhati-hatilah

 b) Unit Trust/ Saham Amanah - ASB, ASN, ASAS, AS1M merupakan contoh terkenal Saham Amanah dimiliki Kerajaan - Public Mutual, CIMB dan banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan Saham Amanah secara halal AWAS: 1) Kebanyakan Amanah Saham adalah tidak patuh syariah antaranya adalah ASB. Boleh semak di laman web sc.com.my. Kalau TIDAK PATUH SYARIAH tu faham2 lah 2) Amanah saham tidak menjamin memberi pulangan tetap. Tetapi berubah2 keuntungan setiap tahun. Mungkin lebih tinggi dari ASB. Berhati2 jika ada ejen yang menjanjikan keuntungan besar

3) Faktor faktor Mempengaruhi


a) Pelaburan Emas
 - Jika US Dollar naik, harga Emas akan jatuh dan jika US Dollar jatuh, Harga Emas akan naik.
- Saving Heaven: Emas pernah dikenali sebagai Saving Heaven. Jika ekonomi dunia dilanda krisis, para pelabur akan meletakkan simpanan mereka kedalam simpanan emas. Walaubagaimanapun, pada masa kini… harga emas tidak menentu. Ada turun ada naik.
AWAS: Pelaburan Emas tidak sentiasa menjamin keuntungan. Tapi baik untuk jangka masa panjang.

b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Bergantung kepada pasaran saham antarabangsa dan tempatan. Jika ekonomi dunia/Saham adalah baik. Harga unit akan bertambah.
- PAsaran tempatan bergantung kepada KLCI.
AWAS: Unit trust juga tidak menjamin keuntungan. Tetapi sejarah membuktikan ia suatu pelaburan menguntungkan


4) Halal vs. Haram

a) Pelaburan Emas 
- Tiada masalah untuk membeli Emas Fizikal asalkan dibeli pada suatu masa. Beli emas dapat Emas
 - Haram jika menyimpan emas dalam Buku Pelaburan Emas. Beli EMAS tak dapat EMAS.
AWAS: Kena berhati2 dengan syarat pembelian emas fizikal. Kalau tersilap caranya boleh jadi haram.

 b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Banyak syarikat yang menawarkan saham amanah yang PATUH SYARIAH antaranya adalah Public Mutual dan banyak lagi - Pastikan beli yang patuh syariah sahaja.
AWAS: Amanah Saham yang terkenal, tak semestinya halal. Kena semak sendiri sama ada patuh syariah atau tidak

 5) Cara menyimpan

a) Pelaburan Emas
- Beli dan simpan sama ada di rumah atau di bank.
- Jika takut simpan di rumah, baik sewa peti simpanan yang ditawarkan oleh banyak bank bank di Malaysia seperti di Public Bank, Maybank dan sebagainya
AWAS: Kos extra tahunan diperlukan untuk keselamatan EMAS FIZIKAL kita untuk disimpan di bank yang menawarkan peti simpanan.
b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Tak perlu risau di curi. Semuanya ada di syarikat Amanah Saham. Bawa IC boleh semak status pelaburan. Boleh juga semak secara online harga semasa.


6) Sejarah Keuntungan
Perbandingan Keuntungan Peaburan Emas dan Contoh Dana ISAMIK Unit Trust

Dalam tempoh 10 Tahun, Pelaburan Emas memberikan sedikit kelebihan. Walaubagaimanapun, dalam tempoh yang lebih lama, Unit Trust lebih menguntungkan.. Pilihla yang terbaik untuk kesesuaian diri.


7) Keselamatan Pelaburan

a) Pelaburan Emas
- Tiada Jaminan Harga akan naik atau turun - Tiada keseamatan untuk simpan emas fizikal di rumah. Risiko kecurian
- Boeh simpan menggunakan peti simpanan emas di Bank, tapi caj sewaan tambahan diperlukan

b) Unit Trust/ Saham Amanah
- Tidak perlu risau, semuanya di uruskan oeh syarikat. Wang di uruskan/disimpan oleh syarikat.
- Akaun dijaga oleh ejen/konsutan unit trust.
 - Keuntungan lebih tinggi jika ejen bijak menguruskan kewanagan anda.

8) Caj Servis/Spread

a) Pelaburan Emas 
- Apabila membeli emas,perhatikan perbezaan spread. Iaitu perbezaan harga BELI dan harga JUAL. Jika tinggi maknanya jika kita nak jua dikemudian hari, kita peru jua ebih tinggi
- HArga spread adalah dalam ingkungan 5% dan keatas. Ada yang sampai 10% dan mungkin lebih.
AWAS: Setiap syarikat menawarkan harga spread berbeza2. Ada juga syarikat yang mengenakan pelbagai caj tambahan semasa jualan

b) Unit Trust/Saham Amanah
- Boleh menggunakan secara tunai atau ambil sebahagian dari KWSP.
- One time caj only iaitu 5.5% untuk TUNAI dan 3% untuk KWSP. Ia boleh dikira upah untuk ejen/syarikat membantu menguruskan pelaburan.
 - Jika dibandingkan dengan EMAS, ia boleh dikira kecil.


9) KELEBIHAN 

a) Pelaburan Emas
i) Mata wang Islam di zaman Rasulullah SAW. Menggunakan dinar dsb.
ii) Penyimpan kekayaan
iii) Kalis inflasi
iv) Jika US dollar jatuh, Harga EMAS akan naik
v) Jika ada masalah keseamatan dunia seperti peperangan dan ancaman harga EMAS akan naik
vi) UNTUNG jika ada kenaikan harga
vii) SPREAD yang rendah 5% dan keatas.
b) Unit Trust/ Saham Amanah
i) Simpanan untuk mengatasi infasi. Simpanan akan memperolehi dividend an kenaikan harga lebih dari INFLASI.
ii) Jika ekonomi baik, harga saham akan naik dan saham amanah juga akan naik
iii) UNTUNG jika diberi DIVIDEN dan KENAIKAN HARGA
iv) Tak peru risau nak simpan/keselamatan simpanan. Semua diuruskan bank. Tidak perlukan untuk menyewa peti simpanan di bank
v) Boleh menggunakan KWSP untuk pelaburan tanpa menggunakan tunai di tangan. Boleh klik CARA MELABUR MENGGUNAKAN KWSP.
vi) Caj servis yang rendah iaituhanya sekali 3% untuk KWSP dan 5.5% untuk Tunai.

KOMEN SAYA: Kalau lihat statistik..selain hartanah..kedua2 pelaburan ini mampu memberi keuntungan lumayan. Tetapkan OBJEKTIF pelaburan sama ada untuk PERSARAAN, PENDIDIKAN ANAK2 dan SEBAGAINYA. Kedua2 pelaburan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Piih mana yang sesuai dengan profi diri.Lebih baik piih KEDUA2... Yang penting juga perlu ada ILMU untuk elak ditipu 

Yang berubah dari engineer kepada penasihat kewangan..
Haizal

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
    .
    Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    " Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

    ReplyDelete