Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan2 sekalian..
Kemana saya menghilang? rasanya dah hampir sebulan tak menulis di blog. Adakah saya dah stop jadi ejen unit trust? mungkin itu persoalan dari rakan2 sekalian..
Sebenarnya tidak sekali2.. saya masih lagi menjadi perunding amanah saham. Tidak menjadi masalah untuk saya mendekatkan diri dengan klien. Tetapi, saya sangat sibuk dengan tugas utama iaitu kerja sepenuh masa saya.Buat masa ini saya lebih fokuskan kepada kerjaya utama saya.
Dalam sebulan dua ini, saya banyak menumpukan kepada KPI yang ditetapkan oleh bos. So.. jadi saya teruskan usaha walaupun dalam tekanan yang amat memuncak. Huh..bukan senang kerja government ni.Ingatkan habis PhD dah boleh relax2.. rupa2nya lagi mencabar kehidupan selepas PhD..
Rasa2nya, kalau buat secara full time jadi perunding amanah saham ni lagi kurang pressure. Tapi apa2 pun rezeki semua ditangan Allah. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang tentukan segalanya. Mulai saat ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis semula. Terus mencari pencerahan dan berkongsi ilmu di dunia sementara ini.
Mencari dan terus mencari
Haizal
You Need to Trust - Pelaburan Islamik membawa keuntungan ke syurga..InsyaAllah
Tuesday, 12 June 2012
Tuesday, 15 May 2012
Elemen-elemen kekayaan
Seminggu lebih tak menulis dalam
blog..rasa-rasa gatal aje tangan ini.. kali ini saya nak menulis mengenai
elemen-elemen kekayaan. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai
keKAYAan.. tapi ada juga sahabat yang menyangkal bahawa kita tidak perlu mengejar
kekayaan dunia.. yang penting itu akhirat..
Saya akui kenyataan sahabat berkenaan. Tetapi Allah tidak menghalang kita untuk
mengejar kekayaan di dunia kan? Dengan adanya harta di dunia, lagi banyak kita
boleh membawakannya ke jalan di redhaiNya..Boleh menderma, bersedekah dan lebih
banyak zakat boleh diberikan..
Untuk menjadikan kita kaya dunia dan akhirat..terdapat 7 jenis kekayaan
realiti:
1) Kaya dalaman – Mempunyai minda yang
positif, tinggi harga diri, jiwa yang tenang dan tinggi spiritual
2) Kaya Kesihatan- Tiada gunanya
kekayaan kalau diri tidak sihat. Kita tidak dapat menikmati kekayaan yang
diperolehi.
3) Kaya perhubungan- Perhubungan yang
baik perlu dibentuk bersama keluarga dan orang sekeliling. Keluarga perlu
diutamakan. Apabila perhubungan keluarga mantap, insyaAllah perhubungan diluar
juga bertambah baik. Jangan buat perhubungan dilarang Islam sudah lah..
4) Kaya Kerjaya- Berkerja atau berkerjaya adalah amat penting dalam
kehidupan kini. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan keyakinan diri.
5) Kaya Ekonomi- Wang dan harta bukanlah perkara utama
di dunia, tapi sebagai perantara atau alat untuk ke syurga. Dengan adanya wang,
dapat emmudahkan kehidupan kita di dunia. Dengan adanya wang kita boleh
membantu meringakan beban kesusahan orang lain. Kita juga boleh
membantu/merancang masa depan anak-anak kita
6) Kaya Legasi- Apabila kita tiada di dunia ini,
diharapkan amalan kita dapat terus disuburkan dimuka bumi ini. Apa yang kita
lakukan sekarang, pahalanya akan berterusan ke anak-anak cucu, anak-anak murid
dll. Jadi lakukanlah sesuatu yang akan memberikan impak kepada generasi akan
datang.
7) Kaya pengalaman- Perasaan ingin tahu
sentiasa wujud di dalam setiap individu. Dengan adanya perasan ini, kita akan
sentiasa cuba menerokai pengalaman baru. Aktiviti2 kemanusian,sukan,
pelancongan merupakan aktiviti yang baru dan merupakan kekayaan yang sukar
diimaginasikan.
Tanpa ketujuh2 elemen ini, manusia akan jadi kaya secara ilusi sahaja.Ingatlah,
mengejar kekayaan tidak salah.. tetapi jadikanlah Allah sebagi pelindung, agar
hati sentiasa tenang dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai
permulaan nak jadi kaya, mulakanlah dengan menyimpan ye!
Saya akui kenyataan sahabat berkenaan. Tetapi Allah tidak menghalang kita untuk mengejar kekayaan di dunia kan? Dengan adanya harta di dunia, lagi banyak kita boleh membawakannya ke jalan di redhaiNya..Boleh menderma, bersedekah dan lebih banyak zakat boleh diberikan..
Untuk menjadikan kita kaya dunia dan akhirat..terdapat 7 jenis kekayaan realiti:
1) Kaya dalaman – Mempunyai minda yang positif, tinggi harga diri, jiwa yang tenang dan tinggi spiritual
2) Kaya Kesihatan- Tiada gunanya kekayaan kalau diri tidak sihat. Kita tidak dapat menikmati kekayaan yang diperolehi.
3) Kaya perhubungan- Perhubungan yang baik perlu dibentuk bersama keluarga dan orang sekeliling. Keluarga perlu diutamakan. Apabila perhubungan keluarga mantap, insyaAllah perhubungan diluar juga bertambah baik. Jangan buat perhubungan dilarang Islam sudah lah..
4) Kaya Kerjaya- Berkerja atau berkerjaya adalah amat penting dalam kehidupan kini. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan keyakinan diri.
5) Kaya Ekonomi- Wang dan harta bukanlah perkara utama di dunia, tapi sebagai perantara atau alat untuk ke syurga. Dengan adanya wang, dapat emmudahkan kehidupan kita di dunia. Dengan adanya wang kita boleh membantu meringakan beban kesusahan orang lain. Kita juga boleh membantu/merancang masa depan anak-anak kita
6) Kaya Legasi- Apabila kita tiada di dunia ini, diharapkan amalan kita dapat terus disuburkan dimuka bumi ini. Apa yang kita lakukan sekarang, pahalanya akan berterusan ke anak-anak cucu, anak-anak murid dll. Jadi lakukanlah sesuatu yang akan memberikan impak kepada generasi akan datang.
7) Kaya pengalaman- Perasaan ingin tahu sentiasa wujud di dalam setiap individu. Dengan adanya perasan ini, kita akan sentiasa cuba menerokai pengalaman baru. Aktiviti2 kemanusian,sukan, pelancongan merupakan aktiviti yang baru dan merupakan kekayaan yang sukar diimaginasikan.
Tanpa ketujuh2 elemen ini, manusia akan jadi kaya secara ilusi sahaja.Ingatlah, mengejar kekayaan tidak salah.. tetapi jadikanlah Allah sebagi pelindung, agar hati sentiasa tenang dalam mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai permulaan nak jadi kaya, mulakanlah dengan menyimpan ye!
Yang
nak jadi kaya dunia akhirat
Haizal
sumber: Diadaptasi dari Majalah Solusi 2011
Sunday, 6 May 2012
Panas
Semalam adalah OFF day.. sempatlah nak bawa isteri dan anak2 pergi shopping dan jalan2.Lepas lunch sempat pergi tapak pesta konvokesyen. Saje je jalan2 tengok2 apa yang boleh dibeli..
Nak jadikan cerita..dalam pukul 12 sampai kat sana.. dan masuklah satu gerai permainan... huh..dalam banyak2 khemah jualan..yang ini yang aku masuk... berpeluh satu badan ..panas.. aku tengo muka anak2 aku merah dah... aku siap komen kat auntie..macammana auntie boleh meniaga panas2 ni? makcik tu jawab ..nak cari rezeki halal...Alhamdulillah. Gerai auntie ni berada ditengah2 antara gerai yang lain..jadi angin tak masuk.. so terpaksa meniaga jugalah nak cari reseki yang halal..
Sedang aku dok komplen sebab panas... berpeluh satu badan.. wife aku pun menyampuk "hai..komplen macam orang perempuan..orang yang paki tudung ni senyap je.. dia yang banyak komplen" hehe..aku tersenyum dek di perli oleh isteriku.. aku faham maksudnya..
Di akui..sejak ada anak 2 orang ni...aku dah banyak membebel..banyak bercakap..terutamanya sejak jadi ejen unit trust ni..kalau tak bercakap takdelah extra income kan?.. buat sambilan pun ok..janji ikhlas nak tolong orang untuk melabur dalam dana islamik..
cerita pasal panas.. panas tambahan datang dari anakku yang merengek2 nak kan mainan kat rumah...tak pasal2 datang sekejap je tapak konvo ni... kesimpulannnya..jangan datang tapak konvo waktu tengahari..terutamanya bawa anak2!.. kalau tidak panas satu badan...
Kalau nak cool.. beli la air kat situ hehe..
Yang takut panas api neraka.. nak pro;otew product halal je
Haizal
Nak jadikan cerita..dalam pukul 12 sampai kat sana.. dan masuklah satu gerai permainan... huh..dalam banyak2 khemah jualan..yang ini yang aku masuk... berpeluh satu badan ..panas.. aku tengo muka anak2 aku merah dah... aku siap komen kat auntie..macammana auntie boleh meniaga panas2 ni? makcik tu jawab ..nak cari rezeki halal...Alhamdulillah. Gerai auntie ni berada ditengah2 antara gerai yang lain..jadi angin tak masuk.. so terpaksa meniaga jugalah nak cari reseki yang halal..
Sedang aku dok komplen sebab panas... berpeluh satu badan.. wife aku pun menyampuk "hai..komplen macam orang perempuan..orang yang paki tudung ni senyap je.. dia yang banyak komplen" hehe..aku tersenyum dek di perli oleh isteriku.. aku faham maksudnya..
Di akui..sejak ada anak 2 orang ni...aku dah banyak membebel..banyak bercakap..terutamanya sejak jadi ejen unit trust ni..kalau tak bercakap takdelah extra income kan?.. buat sambilan pun ok..janji ikhlas nak tolong orang untuk melabur dalam dana islamik..
cerita pasal panas.. panas tambahan datang dari anakku yang merengek2 nak kan mainan kat rumah...tak pasal2 datang sekejap je tapak konvo ni... kesimpulannnya..jangan datang tapak konvo waktu tengahari..terutamanya bawa anak2!.. kalau tidak panas satu badan...
Kalau nak cool.. beli la air kat situ hehe..
Yang takut panas api neraka.. nak pro;otew product halal je
Haizal
Thursday, 3 May 2012
Tangan Gatal..
Assalammualaikum...
Dah 6 hari tak pos apa2 kat blog ni..rasanya gatal2 aje tangan ini..gatal tangan sebab tak dapat tulis blog..gatal tangan sebab tak dapat bercerita tentang amanah saham PM.. Sebenarnya banyak sangat benda berkaitan kepentingan simpanan dan pelaburan nak tulis.Tapi terbantut dengan kerja2 hakiki..
Jurnal baru siap correction..lepas ni ada banyak lagi kerja yang menunggu untuk disiapkan..
Tak apalah..sibuk maknanya takdelah goyang kaki.. hoepefully tangan gatalku dapat pegang berjuta2 kepingan syiling macam dalam gambar kat bawah ni. Moga sebahagian dapat di infakkan ke jalan Allah dan sebahagian untuk diri sendiri dan keluarga hanya untukNya juga...
Moga apa yang kita usahakan sentiasa diberkati dan diterimaNya sebagai Ibadah..
Yang gatal tangan..
Haizal
Dah 6 hari tak pos apa2 kat blog ni..rasanya gatal2 aje tangan ini..gatal tangan sebab tak dapat tulis blog..gatal tangan sebab tak dapat bercerita tentang amanah saham PM.. Sebenarnya banyak sangat benda berkaitan kepentingan simpanan dan pelaburan nak tulis.Tapi terbantut dengan kerja2 hakiki..
Jurnal baru siap correction..lepas ni ada banyak lagi kerja yang menunggu untuk disiapkan..
Tak apalah..sibuk maknanya takdelah goyang kaki.. hoepefully tangan gatalku dapat pegang berjuta2 kepingan syiling macam dalam gambar kat bawah ni. Moga sebahagian dapat di infakkan ke jalan Allah dan sebahagian untuk diri sendiri dan keluarga hanya untukNya juga...
Moga apa yang kita usahakan sentiasa diberkati dan diterimaNya sebagai Ibadah..
Yang gatal tangan..
Haizal
Friday, 27 April 2012
Maybe Accepted, Accepted or Rejected
Baru semalam dapat respond dari jurnal yang saya
tulis.Almaklumlah sebagai lecturer kena tulis jurnal hasil daripada penyelidikan kita.. dapat
resultnya MAYBE ACCEPTED… huh, nasib baiklah masih dalam bersyarat.. kena buat
revision (pembetulan) dan respond balik kepada Jurnal editor. Sekarangni tengah
struggle nak menjawab soalan soalan dari reviewers.. tapi masih sempat tulis
blogJ
hehe..
Dalam kehidupan seharian ..kita takkan dapat lari dari MEMBUAT
KEPUTUSAN dan MENERIMA KEPUTUSAN. Yang penting jangan cepat berputus asa..life
must goes on..
Sama sebagai perunding amanah saham PM ni, saya terima
segala rejection or Maybe accepted condition sama macam jurnal editor tu send kat
saya.. Segala kesilapan, akan diperbetulkan untuk menjadikan saya seorang yang
lebih baik. Kalau ACCEPTED Alhamdulillah, sebab kepercayaan orang dah ada pada
saya. Kalau tiada pun..mungkin orang lain akan ACCEPT saya..
Teringat dulu, zaman nak meminang isteri saya. Siap membawa
rombongan dari Klang ke Alor Setar. What happened if her parents didn’t accept
me?.. Alhamdulillah dah ACCEPTED selama 6 Tahun.. dah ada 2 orang puteri yang
comel dah pun..
| Dua orang puteri yang di ACCEPT sebagai tanggungjawab ALLAH |
Sebagai seorang pelajar.. janganlah berputus asa untuk
berusaha supaya projek anda di ACCEPT.. kalau tak diterima semua.. hopefully
berada dalam MAYBE ACCEPTED..sebelum di ACCEPT sepenuhnya. Setelah itu jangan
lupa berdoa..Hopefully dapat ‘A’ kalau tak dapatpun kurang sikit..jangan kena
REJECT sudahlaJ
Yang sentiasa berusaha untuk DITERIMA
Haizal
Wednesday, 25 April 2012
Kisah Benar: Usaha berterusan dan menyimpan
Susah sangat ke nak mulakan menyimpan?
Persoalan ini saya selalu tanyakan kepada kawan2 yang rasa
liat nak mulakan menyimpan. Sehari rm1 sebulan dah rm30..kalau sehari simpan
rm5, sebulan dah rm150..kalau setahun? 10 Tahun?..
Saya teringat kisah ayah saya..sewaktu bujang sehingga kini.
Ayah saya seorang anak yatim.
Kelahirannya tiada ayah, ibu pula berkahwin lain ..dan tinggallah dijaga oleh
atuk. Disebabkan kesusahan, ayah hanya bersekolah sehingga darjah 3 dan mula
bekerja sebagai buruh di kilang pembuatan getah ketika belasan tahun sehingga
pencen
Ketika berkahwin dengan emak, ayah dan emak tiada sebarang
harta pun, hanya menyewa disebuah rumah kecil yang tidak berbilik dan tandas
berada di luar. Setiap kali hujan, pasti air sungai akan masuk ke dalam rumah.
Ayah pula, bekerja setiap hari hanya berbasikal untuk
bekerja dari 8pagi hingga 5 petang sebagai seorang buruh dengan gaji yang tidak
seberapa iaitu dalam puluhan ringgit sebulan di sekita 70-an.
Tetapi yang saya kagum dengan sikap ayah, dia tidak berputus
asa dengan hidup. Terus berusaha dan bekerja keras. Setiap bulan, akan
diberikan kepada emak untuk disimpan. Mak pula hanya menyimpan dibawah bantal
(ketika itu tiada bank). Ketika ini anak dah 3 orang dan saya belum lagi
lahir..
Setelah 11 tahun melalui perkahwinan, akhirnya pada tahun
1981. Hasil simpanan wang setiap bulan dan di simpan di bawah bantal (Masa ni
takde bank lagi)., akhirnya ayah berjaya membeli suku ekar tanah bernilai 2000
ringgit (Sekarang harga tanah di Klang mungkin dah bernilai rm100k peningkatan
5000%). Semuanya HASIL MENYIMPAN SETIAP BULAN!.. Walau susah macammanapun,
simpanan bulanan tetap dilakukan. Kebetulan pada tahun 1981 juga saya
dilahirkan sebagai anak ke 4 daripada keseluruhan 5 adik beradik. Setelah berjaya
memiliki tanah sendiri, maka ayah pun menggunakan kemahiran bertukang sendiri
menyediakan rumah kami sendiri. Kami berpindah pada tahun itu juga.. mungkin
rezeki anak yang dilahirkan (Saya lah tu:)
Alahmdulillah masa berlalu, bila dah ada ASB, ayah simpan
tiap2 bulan kat ASB .. Duit itulah digunakan untuk membuat rumah, persekolahan
anak2 semua dari hasil titik peluh bekerja keras untuk membesarkan kami semua.
Sekarang ini, rumah yang dibina atas tapak tanah suku ekar itu mampu
menempatkan kami 5 beradik sekeluarga untuk pulang berkumpul sama2…
Refleksi: Kesusahan tidak menghalang kita untuk berusaha
mencipta kejayaan. Hasil usaha dan tindakan bijak memulakan menyimpan dari
muda, Alhamdulillah kesannya adalah dalam jangka masa yang sangat panjang.
Kalau ayah saya seorang BURUH boleh menyimpan setiap bulan. Kenapa tidak kepada
sahabat2 sekalian? Kepada pelajar juga mampu untuk mengenepikan sedikit
biasiswa untuk mulakan menyimpan.. Percayalah, kesannya adalah dalam jangka
masa yang panjang.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi
Yang suka mendidik untuk menyimpan
Haizal
Monday, 23 April 2012
Ilmu dan harta
Semalam baru balik dari KL.. Semasa perjalanan balik tu buka
radio IKIM. Terdengarlah ustaz bercerita mengenai ilmu dan harta. Ada 4
golongan manusia yang memiliki atau tidak memiliki ilmu/harta. 4 Golongan itu
adalah:
| Ilmu atau Harta mana lebih penting? |
Golongan 1: Mempunyai harta dan mempunyai ilmu
Golongan ini adalah golongan yang sangat beruntung. Dengan ilmu dia
boleh mencari kekayaan. Dengan ilmu dia boleh membezakan yang mana HALAL dan
yang mana HARAM. Dengan ilmu juga, dia dapat bersedekah, membayar zakat kepada
umat Islam yang memerlukan. Tanggungjawab kepada agama juga tidak dilupakan.
Golongan 2: Mempunyai ilmu tapi tidak berharta.
Golongan ini adalah golongan yang mempunyai ilmu. Dengan ilmu dia mampu
berusaha untuk mengejar kejayaan.Dengan ilmu harta dunia dan akhirat boleh
diperolehi
Golongan 3: Mempunyai harta tapi tidak mempunyai ilmu
Golongan ini berada dalam keadaan bahaya. Tanpa ilmu, dia tidak dapat
menempatkan harta pencarian di tempat yang sepatutnya. Boleh jadi lalai kerana
harta dunia. Kalau dia bijak, dia boleh melabur untuk mendapatkan ilmu.
Golongan 4: Tidak mempunyai ilmu dan tidak mempunyai harta.
Amatlah malang golongan ini. Apa2pun dari golongan ini boleh upgrade ke
golongan lain jika berusaha.
Refleksi keatas diri sendiri:
Jika dikenang kembali mengenai
harta dan ilmu terhadap diri sendiri, saya teringat permulaan hidup sebagai pelajar. Masa tu boleh dikatakan berada di golongan
4 iaitu tiada harta dan tiada ilmu. Tapi, saya tak putus2 asa untuk
terus belajar. Masa tengah belajar dah upgrade ke golongan 2. Bila dah
berjaya, saya dah dapat pekerjaan. Masa tu dah ada ilmu dan harta..upgrade ke golongan 1. Tapi, bila saya dah start
melabur/menyimpan kat tempat2 yang haram/melibatkan riba.. saya di downgrade ke
golongan
3.Masa ini baru sedar, yang ilmu yang dipelajari sebelum ni adalah ilmu
engineering, bukannya ilmu kewangan islamik. Selepastu la saya buat research
dan mengikuti pelbagai kelas berkaitan pelaburan Islamik. InsyaAllah sekarang
dan kembali berada di golongan 1 dan masih berterusan mengukuhkan/mempelajari
ilmu kewangan.
ANDA BERADA DI GOLONGAN YANG MANA?
p/s: Kalau tak tahu kenalah
bertanya.. macam anak murid dengan gurunya. Kalau takut nak melabur..kenalah
bertanya kepada yang tahu..
Yang sentiasa nak berada di
golongan 1 supaya dapat bantu orang Islam faham pelaburan HALAL dan HARAM
Haizal
013-7089306
Subscribe to:
Posts (Atom)


