Friday 23 March 2012

ASB loan haram?

Disini saya nak menyentuk lebih kepada ASB loan..dan bukan ASB... kalau tanya je kat pakcik google.. memang banyak yang akan katakan ASB loan itu haram.. apa taknya..kalau pinjam bank konvensional secara langsung melibatkan riba..secara terus..ianya HARAM.. kalau nak kepastian lebih, banyak bahan pembacaan boleh diperolehi dari website  http://www.zaharuddin.net/

Suatu masa dahulu semasa zaman kebodohan.. Memang saya buat juga ASB loan ni, ikut-ikut orang. Ramai sangat orang melayu buat loan  dan ramai sangat2 tak tahu hukum2nya.. Alhamdulillah, setelah diberi petunjuk.. saya keluar dari sistem riba ini.. sekarangni ambil balik semua duit pelaburan..dividen dia masih ada..

Kalau bayaran bulanan rm800..agak2nya berapa dividen dia ye selama 4 tahun?
huh.. banyak jugalah tu...tapi tak guna menyesal..sebab duit dividen tu bukan duit kita..

Tapi Nak letak kemana duit dividen tu? 
Setelah bertanya kepada seorang Ustaz.. boleh diberikan untuk kegunaan UMUM. Tak kira lah untuk orang ISlam atau Tidak... InsyaAllah.. masjid tempatnya..tapi duit tu bukan hak kita..itu hanya dikira BERI SAHAJA..bukan SEDEKAH dan bukan SUMBANGAN..

Semoga perkongsian ini menjadi iktibar..
Kesimpulannya, banyak lagi instrumen kewangan Islam yang lain.. Kena bijak memilih untuk kepentingan masa depan DUNIA dan AKHIRAT
Haizal

No comments:

Post a Comment