Wednesday 21 March 2012

Untung Dunia vs. Untung Akhirat

Saya percaya kalau diajukan persoalan ini, pasti ramai yang mahukan kedua2nya…  tapi tak semuanya apa yang kita rancangkan menjadi kenyataan tanpa ilmu dan sikap terbuka menerima teguran..

Kita merancang kewangan untuk masa hadapan seperti kegunaan apabila bersara, pelajaran anak2, wang kecemasan dan sebagainya dengan cara SIMPANAN dan PELABURAN. Sebenarnya, tanpa kita sedari.. banyak pelaburan2 yang TIDAK HALAL telah kita sertai dan hasilnya telah menjadi darah daging yang boleh mempengaruhi keturunan kita.

Saya sendiri pernah terjebak dengan pelbagai pelaburan tidak halal disebabkan ceteknya ilmu pengetahuan. Alhamdulillah, setelah membuat sedikit penyelidikan.. ada sinar hidayah untuk membuang perkara2 haram ini.  Saya suka menggunakan perumpamaan berikut

 “ Apabila seorang tukang masak memasak sekawah rending ayam halal.. tetapi dimasukkan seketul daging ba**, maka keseluruhan masakannya akan menjadi HARAM” 

Tips2 pelaburan ISLAMIK:
                          Saham amanah 
-          Mulakan simpanan dan semak senarai saham amanah yang PATUH SYARIAH di sini: http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid=616&newsid=&linkid=&type=
-          Di sini tiada disenaraikan amanah saham terkenal yang digunakan oleh orang melayu
-          Kalau ada loan yang menawarkan simpanan kedalam amanah saham tu pulak sah2 HARAM.. sebab kita bayar tiap2 bulan..tambahan guna bank konvensio
Emas
-          Emas dan Perak Fizikal tiada masalah untuk berjual beli
-          Yang menjadi masalah.. apabila ada orang Islam yang membuka akaun SIMPANAN EMAS..hukumnya adalah HARAM, sebab kita beli emas tapi tak dapat emas..hanya dapat buku akaun
 Lain2
-          Skim2 cepat kaya dan skim2 yang member pendapatan tetap yang meragukan semuanya adalah HARAM. Kalau meragukan boleh semak di sc.com.my

Saya percaya ramai yang dah pernah kena tipu mengenai pelaburan dan ada yang tak sedar pelaburan disertai HALAL atau TIDAK.. jadinya kenalah BIJAK  bertindak mengenai pengurusan kewangan anda..
Yang berkongsi,
Haizal

No comments:

Post a Comment