Tuesday 10 January 2012

Anak sebagai pelaburan ?

Anak sebagai pelaburan ?

Minggu lepas agak sibuk dengan aktiviti baru. Iaitu menghantar dan mengambil anak kat sekolah..Sekolah mana? Hehe..anak baru nak masuk 4 tahun, tapi dah start hantar kat sekolah PASTI, Pulai Indah.

Mungkin ada yang setuju untuk menghantar anak seawal 4 tahun, tapi ramai juga yang tak setuju termasuklah ibu dan ayah saya. Pada mereka, anak masih kecil biarlah sampai 6 tahun baru dia boleh belajar betul2.  Lain orang lain pendapat, bagi aku, bagi la Aishah peluang untuk bermain sambil belajar. Pada masa yang sama dapat juga berkawan.. 


Awal2 ni rasa best pulak menghantar dan mengambil Aishah ni.. dengar celoteh dia yang cute “Abah..abah..nanti abah hantar aichah, abah pi kerja ..lepastu abah ambil aichah ye?”. Dengan muka cute menyusun kata2.. itu la kata2 anakku sebelum masuk ke dalam sekolah setiap hari. Takut aku tak ambil dia… hehe. Harap2, pelaburan menghantar anak2 ke sekolah ini mendapat pelaburan yang baik..hasilnya moga Aishah menjadi anak yang taat dan patuh kepada suruhan Nya dan meninggalkan larangan Nya..

Moga suatu hari nanti, kalau abah dah takde.. Aishah menjadi anak yang solehah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, terputus amalan seorang muslim itu kecuali 3 perkara:
1. Sedekah yang mengalir ( jariah ),
2. Ilmu yang bermanafa'at, dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Moga pelaburan ini mebuahkan hasil dunia dan akhirat.. amin

No comments:

Post a Comment