Friday 6 January 2012

Pensyarah vs. Pelajar

Kali ini mengenai pelajar.. bukannya pelajar sekolah menengah, tapi pelajar universiti. Minggu ni, baru je habis menanda kertas peperiksaan akhir untuk subjek yang di ajar.. huh, mencabar juga soalan final kali ini, ku sangkakan senang, tapi merengkek juga pelajar2 aku nak menjawabnya…

Walaupun dah diberikan banyak tips, tapi masih ramai tak mampu menjawabnya.. salah aku kah? atau student tu? Walaubagaimanapun, aku telah berikan yang terbaik, moga pelajar2 ku ini menjadi yang terbaik bukan hanya setakat sekarang, tapi pada masa akan datang juga.

Sebenarnya aku suka kat semua student yang betul2 minat nak belajar. Kalau betul2 minat, insyaAllah keputusan peperiksaan akan dapat yang terbaik. Tak perlu nak datang merayu2 untuk tambah markah dan sebagainya..

Anyway…Moga pelaburan dan pengorbanan mak ayah mereka dapat dihargai dan dibalas dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment